Dana Tabung Gaza kini RM1.2 juta, alu-alukan sumbangan prihatin

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Hrkh) – Terkini, dana Tabung Kemanusiaan Harakah sejumlah RM1,215,640.19 telah berjaya dikumpulkan atas kesungguhan orang ramai dan rakyat Malaysia yang bersimpati kepada penduduk Palestin khususnya di Gaza.

Setakat ini, daripada dana itu sejumlah RM830,000.00 telah diserahkan secara tunai kepada pemimpin Hamas, Sami Abu Zuhri yang berangkat pulang ke Palestin minggu lalu.

Walaupun sebahagian kutipan telah diserahkan, namun derma dan sumbangan dana orang ramai masih dialu-alukan dan boleh disalurkan terus kepada Tabung yang mana akan disumbangkan kepada penduduk Palestin khususnya di Gaza dan kepada perjuangan Hamas di masa akan datang.

Pengarah Urusan Harakah Dato’ Kamaruddin Jaffar berkata, bahawa sebahagian lagi derma yang berbaki akan dikumpulkan sehingga mencecah RM500,000.00 untuk diserahkan sekali lagi kepada Hamas di Palestin dalam jangka masa terdekat.

“Kita masih mengalu-alukan sumbangan untuk meringankan penderitaan yang amat dashyat penduduk di Gaza khususnya yang membabitkan kanak-kanak yang tidak berdosa,” katanya.

Beliau yang juga Setiausaha Agung PAS menyeru kepada ahli-ahli dan penyokong PAS di seluruh negara untuk mempergiatkan dan meningkatkan lagi usaha untuk mengumpulkan dana untuk rakyat Palestin yang kini dizalimi oleh rejim zionis Israel sekaligus membantu mereka membebaskan diri dan memerdekakan bumi para anbia itu.

Sebelum ini, Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato’ Haron Din ketika ditemui Harakahdaily di kediamannya memberitahu sambutan amat menggalakkan daripada orang ramai telah diterima dan ada antaranya yang datang sendiri kepada beliau menyumbangkan derma.

“Ada yang datang kepada saya serah RM10,000 malah saya ada baca seorang hamba Allah menderma RM250,000 tanpa mahu namanya disebut. Alhamdullilah kita alu-alukan dan merayu supaya orang ramai terus membantu rakyat Palestin,” katanya yang turut menulis catatan khas rayuan Gaza di Harakah.

Hamas sebelum ini melalui Sami merakamkan ucapan terima kasih kepada Harakah yang menjadi penganjur Tabung Kemanusiaan Harakah yang telah secara simboliknya menyerahkan cek replika berjumlah RM500,000 dalam satu Majlis Rayuan Gaza yang dianjurkan 12 Februari lalu oleh Harakah.

Sami merupakan jurucakap rasmi Hamas, juga merupakan seorang pensyarah daripada Universiti Islam Palestin yang sedang menyiapkan tesisnya di Damsyik dalam pengajian sejarah Pejuang Salahuddin Al-Ayubi. Bagaimanapun Universiti tersebut telah musnah diserang dan dibom oleh Israel.

Beliau yang berucap di hadapan para wartawan daripada pelbagai media, menyeru supaya rakyat Malaysia tidak ‘tersalah’ menyumbang derma kepada pihak-pihak atau agensi yang tidak betul kerana khuatir sumbangan itu tidak sampai kepada penduduk Palestin.

“Kami seru supaya serahkan dana kepada agensi yang beramanah dan bertanggungjawab atau anda datang terus ke Gaza, untuk sampaikan sendiri kepada penduduk di sana,” katanya. – mks. _ Azamin Amin

(Hulurkan sumbangan,demi insan-insan yang sedang dizalimi di Palestin melalui Tabung Kemanusiaan Harakah di akaun BIMB: 14069010021298)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s