Hakim tarik diri dengar saman Nizar

KUALA LUMPUR, Feb 25 (Hrkh) -Pesuruhajaya Kehakiman Mohamad Ariff Md Yusof hari ini memutuskan untuk menarik diri daripada mendengar saman yang difailkan Menteri Besar Perak Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap penggantinya Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mohamad Ariff membuat keputusan itu setelah mendengar pertimbangan serius mengkaji hujahan peguam Sulaiman Abdullah selama sejam yang mewakili Nizar dan Peguam Kanan Persekutuan Dato’ Kamaluddin Md Said bagi Pejabat Peguam Negara.

Nizar dalam reaksinya menyatakan menghormati keputusan Hakim tersebut dan perjuangan masih diteruskan dan yakin akan memperoleh kejayaan.

Rabu lepas, Mohamad Ariff melahirkan kebimbangan sama ada beliau mahu atau tidak untuk mendengar prosiding kerana pembabitan beliau dalam PAS sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman, September tahun lepas.

Semalam, Kamaluddin berkata Mohamad Ariff patut menarik diri daripada mendengar kes tersebut bagi mengelak persepsi negatif tentang unsur berat sebelah.

“Adalah pandangan Pejabat Peguam Negara bahawa bagi mengekalkan keyakinan awam dalam badan kehakiman dan demi kepentingan keadilan, adalah elok Yang Arif menarik diri,” hujahnya.

Kamaluddin berkata wujud bahaya berat sebelah oleh hakim dengan alasan Mohamad Ariff adalah bekas anggota PAS dan penasihat undangundang PAS dalam beberapa petisyen pilihan raya.

Hujahan itu dibantah oleh Sulaiman yang menyatakan bahawa mengikut Kod Etika Hakim, seorang hakim tidak dilarang mendengar kes parti politik selagi hakim berkenaan tidak menjadi anggota semasa dalam sebarang parti politik.

Beliau juga berkata tidak ada asas bagi Mohamad Ariff menarik diri daripada mendengar kes itu tetapi apa yang lebih penting adalah integriti dan keikhlasan hakim berkenaan.

“Jika anda menarik diri, anda memberi mesej bahawa anda tidak boleh membuat keputusan secara objektif dalam perkara yang kontroversi. Ini bukan mesej yang hendak diberikan,” katanya.

“Penarikan diri Yang Arif mungkin mengundang komen yang tidak menyenangkan mengenai badan kehakiman,” kata Sulaiman, yang menambah ujian sebenar bahaya soal berat sebelah dalam keadaan kes ini tidak dipenuhi.

Peguam Nga Hock Cheh, juga bagi Nizar, menukar topik hujahan apabila tibatiba membaca sajak empat rangkap dalam mahkamah berbunyi:

“Harapkan pagar, pagar makan padi, harapkan Adun, ada Adun lompat parti, memang tidak berprinsip dan berintegriti, cara BN rampas kuasa cabul demokrasi,” katanya yang dipetik daripada sebuah akhbar online. – azm _

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s