Guna nasihat peguam London bukti Umno sangat terdesak – Hanipa Maidin

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Hrkh) – Umno Perak kini begitu terdesak sehingga terpaksa mencari tenaga pakar undang-undang dari luar bagi mempertahankan kerajaan Perak yang baru sahaja dilantik melalui rampasan kuasa oleh BN.

Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS, Hanipa Maidin berkata parti itu kini sangat terdesak bagi mengesahkan kerajaan haram yang dibentuk selepas tiga Adun melompat parti sehingga memaksa mereka menggunakan khidmat nasihat pengamal undang-undang luar negara.

“Mereka ini sudah tidak percaya kepada pengamal undang-undang tempatan berbanding Dato’ Seri Nizar yang masih menggunakan khidmat peguam tempatan,” katanya kepada Harakah.

Ujarnya, pasukan peguam Nizar diketuai Sulaiman Abdullah turut dianggotai Zulkarnain Lokman, Edmund Bon, Amer Hamzah serta dua peguam dari DAP selain dirinya sendiri.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Hanipa menjelaskan bahawa peguam Nizar menyangkal tuduhan bahwa hakim yang dilantik mengadili kes permohonan Nizar untuk mendapatkan pengisytiharan mahkamah bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah.

Mohamad Ariff Md Yusof dibantah oleh Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili Pejabat Peguam Negara, Dato’ Kamaludin Mod Said kerana pernah terlibat sebagai penasihat undang-undang untuk parti PAS, KeADILan dan BN dalam beberapa kes termasuk petisyen pilihan raya.

“Bagaimanapun, bagi pihak Dato’ Seri Nizar kami membantah tuduhan tersebut dengan hujah bahawa setiap hakim yang dilantik mereka telah bersumpah untuk menjalankan tanggungjawab dengan adil serta mempertahankan perlembagaan dan undang-undang negara.

“Lagipun tiada sebarang bukti yang menunjukkan bahawa hakim ini pernah mewakili Nizar sebelum ini,” ujarnya.

Oleh yang demikian tegasnya, kes-kes yang sebelum ini perlu dipakai bagi menentukan sama ada hakim tersebut perlu menarik diri atau tidak.

“Beliau perlu menarik diri sekiranya terdapat bahaya yang jelas bahawa hakim tersebut akan berat sebelah dan bukan bersandar kepada kemungkinan semata-mata.

“Ia perlu kepada fakta yang benar-benar sahih dan bukannya sangkaan,” tegasnya lagi. – azm_ Intan Abdullah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s