Ahli PAS jangan jadi tangan ghaib BN jatuhkan Pakatan Rakyat

 

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Hrkh) – Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad mengingatkan semua ahli PAS supaya tidak melatah ketika berhadapan dengan pelbagai perkembangan terkini di negeri Selangor.

Ini kerana katanya, setelah kalah pada pilihan raya kecil di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, BN bersungguh-sungguh berusaha untuk menghapuskan keaiban mereka.

Menurut beliau, di Perak mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk menumbangkan sebuah kerajaan yang dipilih rakyat.

Apa yang berlaku khususnya di negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, beliau yakin ia dirancang oleh BN bertujuan memberi tekanan kepada Pakatan Rakyat sama ada untuk menumbangkan kerajaan-kerajaan di bawah pentadbiran atau menganggu pentadbirannya.

Beliau berkata, sebagai ahli-ahli PAS mereka tidak seharusnya mengikut rentak BN tetapi sentiasa berwaspada bahawa semua ini adalah satu permainan politik musuh.

“Jangan pula BN memukul gendang dan mereka turut bersama menari. Jangan memasuki perangkap BN dan jangan menjadi lebih BN daripada BN,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan ahli-ahli PAS supaya jangan menjadi tangan-tangan ghaib BN untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyt.

Bagaimanapun, beliau yakin perpaduan Pakatan Rakyat tidak akan dapat dipecahbelahkan kerana ahli-ahli PAS bijak membaca keadaan./Sh_ Saidah Hairan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s