Rasuah berleluasa kerana hilang kehebatan Undang-undang, penguatkuasaan

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Hrkh) – Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) mendakwa gejala rasuah yang melanda pentadbiran negara hari ini sebenarnya berikutan hilangnya kehebatan undang-undang dan penguatkuasaan.

“Kehebatan ini memerlukan satu pendidikan kepada semua pihak.Saya melihat yang pertama kes-kes rasuah yang besar banyak yang dilupakan atau dilenyapkan.

“Ianya seperti kes KWSP, Maika Holding dan lain-lain.Apabila ia dilupakan atau dilenyapkan ini menjadikan ketidakpercayaan ataupun hilang kehebatan dalam menangani masalah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat semalam.

Selain itu rasuah menjadi budaya mutakhir ini kerana aspek agama tidak dijadikan benteng menghalangnya, katanya.

“Rasuah adalah maksiat termasuk dosa besar.Namun ia hanya dilihat dari segi undang-undang (dunia) sahaja,” katanya.

Beliau berharap kesalahan rasuah ini dikaji dengan merujuknya kepada persoalan kesalahan di sisi agama.

Ia katanya, perlu dipertimbangkan hak kepada pentadbiran agama untuk bertindak bagi orang Islam dalam menangani rasuah.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Nazri Aziz yang menjawab soalan Presiden PAS itu menafikan kes-kes membabitkan ‘ikan jerung’ tidak disiasat.

Sebaliknya kata beliau pihak kerajaan akan bertindak ke atas kes rasuah tidak mengira kecil atau besar, malah beliau menyetujui mana-mana agama menganjurkan kebencian kepada rasuah. – wann/mks._

– Presiden PAS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s