Husam nafi langgar arahan polis ketika ceramah di Pulau Pinang

KOTA BHARU, 17 Feb (Hrkh) – Naib Presiden PAS Dato’ Husam Musa menafikan beliau mungkir janji dengan pihak polis berhubung ceramah yang diadakan di Sungai Nibong, Pulau Pinang baru-baru ini.

Katanya, beliau tidak pernah berjanji dalam mana-mana pegawai polis untuk tidak menyampaikan ceramah pada malam tersebut memandangkan pihak penganjur telah mengikut syarat yang ditetapkan.

“Saya dijemput berceramah, malah saya difahamkan permit telah dilulus sejak lebih sebulan lalu. Dan ceramah yang diadakan sehingga akhir tanpa sebarang masalah.

“Dan ketika saya berceramah berhubung isu semasa, tiada seorang pun anggota polis yang yang datang meminta supaya diberhentikan ceramah tersebut,” katanya ketika ditemui media di pejabatnya hari ini.

Baru-baru ini Ketua Polis Pulau Pinang, Dato’ Ayub Yaacob dilaporkan berkata pihak penganjur perhimpunan yang dihadiri lebih 300 orang itu mungkir janji untuk tidak mengadakan ceramah menyentuh isu sensitif.Image

Ekoran itu kata beliau pihak polis tidak menolak akan memanggil Husam dan Pesuruhjaya PAS Negeri Salleh Man untuk memberi keterangan kerana dipercayai terlibat dalam perhimpunan haram di Sungai Nibong malam Isnin lalu.

Husam berkata, pembekuan permit ceramah sebelum ini hanya berlaku di Perak dan bukannya di negeri lain.

“Tidak timbul lagi soal mungkir janji sebab saya tidak pernah berjanji dengan mana-mana pegawai polis termasuk di Pulau Pinang.

“Ini kerana sebaik sahaja sampai pada majlis itu lebih kurang lima minit, pengerusi menjemput saya menyampaikan ceramah. Saya berceramah antara 45 hingga 50 minit sahaja,” ujarnya.

Menurutnya beliau juga melihat beberapa anggota polis berpakaian seragam hadir di tempat ceramah tersebut dan tidak pula ada pula di antara mereka meminta diberhentikan ceramah.

Image Katanya beliau juga hanya mengupas perkembangan politik semasa pada ceramah tersebut dan tidak pernah menyebut sebarang provokasi.

Ditanya kesediaannya hadir sekiranya dipanggil polis bagi memberi keterangan katanya, beliau bersedia dan berharap pihak polis tidak mempolitikkan isu tersebut.

Beliau juga berkata, apa yang berlaku itu jelas menggambarkan kerajaan cuba menafikan demokrasi di negara ini dengan menghalang rakyat mendapat maklumat sebenar.

“Kerana itu mereka takut sangat kepada akhbar oposisi dan program ceramah Pakatan Rakyat sehingga kerajaan mengambil tindakan merampas akhbar rasmi PAS dan KeADILan.

“Tindakan itu amat tidak adil dan bercanggah dengan normal demokrasi, sudahlah kita tidak mempunyai akhbar harian sendiri, televisyen sendiri.. ceramah pula nak disekat, mana keadilannya,” kata beliau. – mj _ Salmah Mat Husain

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s