Bantah PPSMI bukan bermakna tentang bahasa Inggeris

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Hrkh) – PAS dan Pakatan Rakyat tidak pernah menentang usaha meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris di kalangan rakyat negara ini tetapi serentak masa yang sama menekankan bahawa dasar PPSMI adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Perkara ini ditegaskan oleh Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Kamarudin Jaffar ketika mengajukan pandangannya mengenai dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) kepada Menteri Pelajaran, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussien Onn dalam sesi soal jawab Dewan Rakyat, 17 Februari lalu.

“Kita menggalakkan kemahiran bahasa Inggeris dan kita mahu semua masyarakat kita mahir dalam penguasaan bahasa Inggeris. Tetapi dasar PPSMI yang diwarisi dari zaman Tun Dr Mahathir Mohamad ini sebenarnya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan,” tegas beliau.

Malah tindakan itu, ujar Kamarudin, sebenarnya akan membunuh bahasa Melayu yang seharusnya dijadikan bahasa pengantar dalam pelajaran sains dan matematik.

“Ini legasi pemimpin dahulu (Tun Dr Mahathir). Apakah YB selaku Ketua Pemuda Umno sanggup dilihat oleh sejarah sebagai pemimpin Pemuda Umno yang meletakkan hukum dan fatwa bahawa bahasa Melayu sebenarnya tidak layak untuk dijadikan bahasa yang mengajar anak bangsa kita dalam pelajaran sains dan matematik,” katanya.

Bagi Kamaruddin, tindakan kerajaan BN mengekalkan PPSMI hanya menunjukkan kepada dunia bahasa Melayu adalah bahasa yang lemah dan tidak layak digunakan sebagai bahasa pendidikan untuk kemajuan anak bangsa. _ Wan Nordin Wan Yaacob

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s