Krisis Perak: Abdullah perlu salahkan Najib

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Hrkh) – Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub menegaskan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu menyalahkan timbalannya yang menyebabkan krisis politik berlaku di Perak.

Beliau menegaskan demikian sebagai respon kenyataan Abdullah yang akan menjelaskan kepada Raja-raja Melayu punca sebenar yang menyebabkan timbulnya krisis politik di Perak.

“Abdullah seharusnya bertanggungjawab untuk memberitahu Raja-raja Melayu bahawa punca utama tercetus krisis di Perak akibat sikap tidak cermat Najib dalam menerajui Umno Perak.

“Selaku Pengerusi Perhubungan Umno Perak dan bakal Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak seharusnya menyelesaikan masalah dengan baik tetapi apa yang berlaku beliau menambahkan masalah untuk ditanggung rakyat,” tegas beliau.

Sehubungan dengan itu beliau menjelaskan Abdullah harus menerima hakikat Najib tidak layak untuk mengantikan tempat beliau selaku Perdana Menteri.

Andai Abdullah membiarkan timbalannya mengambil alih jawatan Perdana Menteri, tidak mustahil banyak lagi kerosakan akan dilakukan dan akibatnya rakyat yang akan menanggung sengsara. – mks. _ Irwan Muhammad Zain

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s