“Saya masih Speaker sah”

IPOH, 14 Feb (Hrkh) – Adun Tronoh, V. Sivakumar menegaskan beliau masih Yang Dipertua Dewan Undangan Nwgeri Perak yang sah, sekaligus menafikan tohmahan pihak tertentu yang beliau telah dilucutkan jawatannya.

Beliau mengulas laporan sebuah surat khabar Tamil yang mendakwa beliau telah terlucut dari jawatan tersebut selepas Barisan Nasional merampas Kerajaan Perak.

“Ramai yang menyangka saya telah kehilangan jawatan tersebut, ianya adalah tidak benar sama sekali,”tegasnya.

“Saya dilantik melalui proses undian oleh Dewan Undangan Negeri dan hanya akan dilucutkan melalui proses yang sama,”tegasnya lagi dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkannya semalam.

Menurutnya beliau akan meneruskan tugas dan tanggungjawabnya sebagai yang Dipertua Dun dan berhak ke atas kemudahan yang diperuntukkan kepadanya. – mks. _ Johari Jaafar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s