Nizar akan failkan saman di Mahkamah Tinggi esok

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Hrkh) – Menteri Besar Perak Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaluddin akan memfailkan saman terhadap pelantikan Menteri Besar baru, Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 11 pagi esok.

Menteri Besar Perak Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaluddin mengumumkan hari ini bahawa beliau akan keluar dari kediaman rasmi menteri besar 10 hari lagi.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Ipoh, Nizar berkata beliau telah menerima surat dari Setiausaha Kerajaan Perak, Dato’ Abdul Rahman Hashim meminta beliau mengosongkan kediaman tersebut.

Nizar berkata, beliau akan menghormati permintaan tersebut dan akan memulangkan semula kesemua 11 kereta Toyota Camry.

Di samping itu, beliau juga menggesa rakyat berkumpul secara aman sebagai tanda sokongan, tetapi meminta mereka menghormati undang-undang.

Beliau berkata, mengikut satu tinjauan, didapati 97 peratus rakyat Perak mahu Pakatan terus memerintah negeri itu. – azm _

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s