Hamas hargai Harakah, terima sumbangan RM500,000

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Hrkh) – Hamas, pertubuhan Islam yang berjuang menentang keganasan rejim Zionis Israel dan berusaha memerdekakan bumi Anbia, Palestin merakamkan ucapan terima kasih kepada Harakah yang menjadi penganjur Tabung Kemanusiaan Harakah yang berjaya mengumpulkan dana sejumlah RM500,000 untuk diserahkan bagi tujuan membantu penduduk Gaza.

Rakaman penghargaan itu disampaikan sendiri oleh pemimpin Hamas Sami Abu Zuhri yang menjadi tetamu kehormat dalam Majlis Rayuan Gaza yang dianjurkan Harakah di Hotel Putra, Kuala Lumpur tengah hari tadi. Image

Turut Hadir dalam Majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS Ustaz Ahmad Awang, Pengerusi Harakah, Dato’ Mustafa Ali, Pengarah Urusan Harakah Dato’ Kamaruddin Jaffar, Ketua Muslimat PAS Ustazah Nuridah Salleh, Ahli Parlimen PAS Dr Hatta Ramli dan Dr Lo’ Lo’ Ghazali.

Selain itu, majlis turut dihadiri para penyumbang dana terdiri daripada NGO Islam, pemimpin PAS kawasan, Kelab Penyokong PAS, Kijang Care dan individu-individu, tidak terkecuali lapisan masyarakat bukan Islam yang turut bersimpati dengan penderitaan rakyat Palestin. Image

Dalam majlis tersebut Harakah melalui Pengerusinya Dato’ Mustafa Ali menyampaikan sumbangan dana Tabung berjumlah RM500,000 kepada Sami selain beberapa pihak yang mengambil bahagian untuk menyampaikan sendiri sumbangan wang tunai dan cek kepada pemimpin Hamas itu yang secara keseluruhannya berjumlah kira-kira lebih RM400,000.

Antara penyumbang yang hadir adalah PAS Seksyen 18 Shah Alam, Pusat Khidmat Masyarakat Taman Templer, Surau Al-Mujahidin Bandar Baru Bangi, Tuan Haji Abdul Rahman dan NGO Haluan melalui wakilnya Ustaz Darus Senawi dengan sumbangan RM100,000.00. Image

Turut menarik perhatian dalam majlis itu, ialah seorang penderma yang tidak mahu dikenali telah menyumbangkan sumbangan sejumlah RM250,000.00 kepada Tabung, yang disampaikan melalui kiriman cek kepada kakitangan Harakah, Habib yang menyerahkannya kepada Mustafa dalam majlis itu.

Sebelum itu, Sami dalam ucaptamanya memberitahu bahawa sebenarnya Hamas telah menang dalam peperangan itu apabila secara tidak langsung memaksa Israel mengadakan gencatan senjata dan cuba untuk mengadakan rundingan bersyarat yang sama sekali tidak akan diterima oleh Hamas.

“Kami menolak sebarang syarat dan perjuangan kami akan terus menentang kekejaman Israel sehingga Israel keluar dari bumi Anbia, Palestin.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Harakah yang menjadi penganjur majlis dan tabung ini dan kami terharu dengan sokongan yang diberikan oleh seluruh rakyat Malaysia termasuk yang bukan Islam yang telah meyumbangkan dana dan membantu meringan penderitaan penduduk Palestin. Image

“Semoga Allah menerima jasa baik sumbangan anda ,” katanya dalam bahasa Arab yang diterjemahkan semula oleh warga kerja Harakah Ustaz Zainuddin Hashim.

Sami Abu Zuhri merupakan jurucakap rasmi Hamas yang juga merupakan seorang pensyarah daripada Universiti Islam Palestin yang sedang menyiapkan tesisnya di Damsyik dalam pengajian sejarah Pejuang Salahuddin Al-Ayubi. Bagaimanapun Universiti tersebut telah musnah diserang dan dibom oleh Israel.

Beliau yang berucap di hadapan para wartawan daripada pelbagai media, menyeru supaya rakyat Malaysia tidak ‘tersalah’ menyumbang derma kepada pihak-pihak atau agensi yang tidak betul kerana khuatir sumbangan itu tidak sampai kepada penduduk Palestin.

“Kami seru supaya serahkan dana kepada agensi yang beramanah dan bertanggungjawab atau anda datang terus ke Gaza, untuk sampaikan sendiri kepada penduduk di sana,” katanya.

Sementara itu, ketika ucapan mukadimah Majlis, Ustaz Ahmad Awang menjelaskan bahawa PAS sentiasa menyokong penuh perjuangan Hamas dan menggesa supaya kerajaan Malaysia juga turut mengikitiraf perjuangan Hamas demi memerdekakan bumi Palestin daripada cengaman biadap Israel yang berlanjutan sejak 60 tahun lalu.

“Fatah telah gagal…’Fatah seperti patah perjuangan’…” katanya sinis yang turut mendapat respon hadirin.

“Kezaliman Yahudi telah diceritakan dalam al-Quran yang akan terus dilakukan sampai bila-bila. Kita akan terus menyokong Hamas dan sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin,” katanya.

Dalam pada itu Mustafa Ali selaku Pengerusi Harakah juga kagum dan menghargai sumbangan besar yang disalurkan oleh orang ramai ke Tabung Kemanusiaan Harakah yang mendapat sambutan cukup menggalakkan.

“Dalam banyak-banyak tabung yang Harakah tubuhkan, inilah pertama kali Tabung yang mendapat sumbangan besar dalam masa singkat dan saya begitu menghargai keprihatinan orang ramai dan menyeru untuk terus menyumbang.

“Dan yang pasti ini bukan sumbangan terakhir kita kepada Palestin dan perjuangan Hamas. Kita akan terus membantu dari masa ke semasa dan akan menghantar misi kita ke sana,” katanya.

Di majlis itu turut ditayangkan ‘slide show’ selama 10 minit tentang penderitaan penduduk Gaza dan ucapan ‘pembakar semangat’ Presiden PAS di dalam Parlimen tempoh hari yang mengecam tindakan zalim Zionis manakala majlis tamat sekitar jam dua petang setelah pemimpin Hamas itu mengadakan sidang medianya.-azm_

Azamin Amin | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s