UMNO SEMAKIN NAZAK, PIMPINAN PR HARUS LEBIH BERSEDIA

Hanya tidak beberapa lama lagi Pak Lah akan terpaksa menunaikan janjinya untuk menyerahkan secara resmi `tongkang’ Umno yang reput itu kepada Najib. Serah menyerah itu bakal dilakukan di hadapan penghuni-penghuni tongkang yang semakin berkurangan dan jika ada pun yang tinggal hanya manusia yang terlalu lanjut usia yang tinggal beberapa batang gigi sahaja.  Orang-orang tua seperti ini bukan suka sangat tinggal lama di dalam tongkang yang semakin tenggelam itu, tetapi mungkin kerana sudah tidak lagi terdaya untuk keluar dan berenang menuju ke kapal PR yang teguh dan semakin gagah meninggalkan tongkang tua Umno.  Bukan tidak ada yang muda-muda di dalam tongkang karat itu tetapi yang muda-muda di situ sibuk mengumpul harta benda yang ada sebelum tongkang ini tenggelam dan mereka akan melompat keluar dan berenang bersama-sama harta benda yang telah mereka sapu.  Maka, tinggallah situa di dalam kapal menunggu untuk ditalkinkan bersama tongkang tersebut.


  
     Saya teringat akan kata-kata mantan Ketua AMK Ezam `Raja Sesumpah’ yang suatu ketika pernah berkata,” Mana ada mereka yang duduk di dalam Umno itu ikhlas?”. Jika dilihat, memang ada kebenarannya dan Raja Sesumpah itu sendiri telah membuktikannya.  Usaha Najib untuk membaiki tongkang Umno kelihatannya seperti tikus membaiki labu.  Semakin banyak yang Najib lakukan di atas tongkang tersebut, maka semakin senget tongkang itu dibuatnya.  Terbaru, Najib merasakan suatu kejayaan apabila berjaya `menipu’ rakyat Perak dengan mengumumkan bahawa BN kembali berkuasa di Perak.  Umpama di dalam perlawanan Bola Sepak, dari pemain pertahanan, penyerang, penjaga gol dari pihak lawan sehingga ke Pengadil telah di`suap’, maka bersoraklah kita mengatakan kita jaguh di padang bola.  Tidak terasa malukah kita bila menerima Piala Pusingan dengan mencapai kejayaan sedemikian rupa?  Dari corak permainan pun penonton sudah tahu perlawanan yang ditunjukkan itu bukan perlawanan sebenar.
 
     Bagi Pakatan Rakyat pula, harus diingat di masa-masa akan datang agar tidak terlalu mudah dan memandang remeh apabila memilih calon parti untuk bertanding di dalam pilihanraya.  Saya tabik kepada kepimpinan PAS yang begitu teliti di dalam memilih calon sehinggakan Mursyidul Am Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz tidak akan merestui calon yang merokok.  Ini kelihatan seperti perkara remeh, tetapi jika difikirkan betul-betul tentunya banyak hikmahnya.  Jika tabiat merokok pun dianggap salah oleh PAS, apatah lagi perbuatan dan salah laku yang lain seperti rasuah, maksiat dan sebagainya.  Sebab itulah PAS masih berupaya bertahan walaupun suatu ketika PAS hanya mempunyai majoriti 1 kerusi di DUN Negeri Kelantan.  Kelantan di bawah PAS mampu bertahan dan Wakil Rakyat mereka tidak berselera dengan limpahan wang ringgit yang cuba ditaburkan.  Tidak salah jika PKR atau DAP cuba mempelajari kaedah PAS di dalam memilih calon parti masing-masing.  Biarlah kita bersusah-susah atau bergaduh-gaduh dahulu untuk memilih calon yang terbaik daripada kita menyesal di kemudian hari.
 
     Jika calon dari Pakayan Rakyat terdiri daripada orang Islam, pilih lah mereka yang mempunyai nilai-nilai kerohanian dan akhlak yang baik.  Jika calon dari ugama lain samada Hindu, Budha atau Kristian, parti mereka hendaklah juga memilih yang terbaik iaitu mereka yang berpegang teguh dengan agama mereka sendiri.  Jika ini dapat dilaksanakan oleh semua parti di dalam Pakatan Rakyat, nescaya BN/Umno akan lebih cepat menyembah bumi.  Umno kini hanya mengumpan, dan sekiranya ada di kalangan Wakil Rakyat Pakatan Rakyat yang suka memakan `bangkai’ maka pasti umpan Umno ini akan mengena.  Buktinya telah jelas di depan mata kita sekarang dan akibatnya banyak menyusahkan masyarakat.
 
      Sikap menikam kawan sewaktu berjuang masih terdapat di dalam pimpinan Pakatan Rakyat.  Paling mendukacitakan, seorang dua pimpinan ini bukanlah baru di dalam gelanggang politik tetapi mereka seolah-olah tidak tahu bermain `senjata’ dan tidak tahu muslihat politik sehinggakan tidak kenal siapa kawan dan siapa lawan mereka sebenar.  Perangai suka memperlekehkan strategi pimpinan yang lain kadangkala memberi kesan kepada Pakatan Rakyat sendiri sedangkan mereka ini tidak pernah untuk memberikan idea atau pandangan yang lebih baik dan bijaksana demi kebaikan bersama.
 
      Mulai sekarang, kita tidak perlu membicarakan hala tuju tongkang buruk Umno tetapi sebaliknya kita hendaklah memperkemaskan bahtera kita untuk kita meneruskan perjalanan membawa bersama rakyat jelata.  Kita telah pun memilih nakhoda untuk memimpin kita dan bersamalah kita membantunya.  Jika nakhoda tersalah atau tersesat jalan, kita harus menegurnya secara baik bukan untuk menghumban nakhoda yang kita pilih itu ke lautan.  Nakhoda pula perlulah sedia menerima teguran dengan sebaiknya.  Mudah-mudahan bahtera Pakatan Rakyat akan sampai ke destinasi di Putrajaya dan di sana kita akan dirikan muzium untuk menyimpan tongkang usang Umno beserta saki baki khazanah yang ada di dalam tongkang tersebut untuk dipamirkan kepada jenerasi akan datang.  InsyaAllah.

MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA
 

W.FAUZDIN NS

Sumber Laman M@rhaen

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s