NAJIB PENDERHAKA SEBENAR

Tahniah kita ucapkan kepada mereka yang telah membuat dakwaan betapa Umno di bawah Najib cuba melaga-lagakan Pakatan Rakyat dengan Institusi Sultan. Kebenaran itu diserlahkan oleh tajuk akhbar serta ulasan media yang amat menggila dengan perkataan derhaka terhadap Raja! Kali terakhir rakyat Malaysia dikenakan hukuman yang berkaitan dengan derhaka kepada Institusi Raja ialah kumpulan Al-Maunah yang kononnya sebahagian mereka telah pun menjalani hukuman gantung sampai mati.

Kenapa derhaka kepada Raja dijadikan isu sedangkan apa yang terjadi ialah pencabulan kuasa oleh Paduka Sultan dalam memecat Dato Seri Nizar dari jawatan Menteri Besarnya tanpa mematuhi lunas undang-undang? Bukannya MB Nizar yang suruh Sultan melanggari undang-undang sehinggakan baginda menjadi bahan gurauan. Kenapakah sewenangnya tohmahan besar itu dilemparkan kepada sebuah kerajaan yang sungguh prihatin dan berhemah dengan rakyat bahkan istana juga? Bukannya sebuah kerajaan yang mengamalkan rasuah dan penyelewengan. Apakah Sultan lebih gemar sebuah kerajaan yang korup untuk sama berkongsi membalun harta negeri?

Takkan lah derhaka bagi seorang Menteri Besar semata-mata mempersembahkan hujah dan ditutupi dengan ungkapan “Ampun Tuanku, sembah patik sembah derhaka…..” dan mempertahankan kedudukannya mengikut lunas undang-undang demokrasi Raja Berperlembagaan? Apa yang disiarkan akhbar hanyalah kelentongan serta salah maklumat.

Dalam mana-mana kemelut yang terjadi, pemerhati politik sentiasa mengungkapkan perkataan ‘cui bono’ sebagai klu mencari siapa dalang serta tabir yang ada di belakang sesuatu krisis. Kemelut politik Negeri Perak ini jelas memberikan keuntungan kepada UmnoBn (terutamanya Najib) yang sedang dalam peralihan kuasa kepada Najib yang terpalit dengan rasuah pembelian kelengkapan tentera serta kes Altantuya!!

Ada pun menurut sumber, memang Najib lah yang menjadi jembalang di belakang kekecohan politik yang memualkan itu. Setelah gagal menerajui dua pilihan raya kecil, Najib cuba membuat ‘check mate’ terhadap Pakatan Rakyat dengan cara mencari ADUN yang bermasalah untuk menjatuhkan kerajaan yang ada. Telah pun dikenali strategi Najib untuk menjulang kedudukannya sebagai PM pada Mac nanti, pertama wujudkan perpecahan dalam Pakatan Rakyat dan yang keduanya merobekkan kredibliti pemimpin PR terutamanya DS Anwar Ibrahim.

Akan tetapi dengan melibatkan Tuanku Sultan Perak untuk mencapai matlamat sempitnya memanglah satu kerja dajal yang tidak boleh dimaafkan. Apakah tawar-menawar atau nasihat yang diberikan oleh Najib sehinggakan Paduka Tuanku di’boo’ rakyat sendiri dan diunjukkan tanda jari yang lucah bukan satu kerja derhaka? Malahan perjalanan mereka ke istana telah tersekat oleh rakyat Perak yang menunjuk perasaan. Apakah pendekatan demokrasi yang Najib gunakan sehingga Raja lulusan perundangan serta bekas Ketua Hakim Negara sudah setaraf dengan Tun Kepala Taik Mahathir di mata rakyat?

Perlakuan begini hampir samalah dengan kerja dajal pembesar dalam kisah Hang Nadim budak cerdik yang mengatasi masalah serangan todak di Singapura dengan cara yang pintar dan munasabah. Akhirnya budak itu menjadi mangsa ekoran adu domba dan fitnah pembesar yang sampai ke telinga Raja sehingga dihukum bunuh. Manakala Rajanya didendang sehingga ke hari ini sebagai pemerintah yang hanyir lagi haprak.

Nampaknya nasib yang serupa menimpa Sultan yang paling cerdik taraf ilmunya dalam negara. Sejak Sultan Mahmud mangkat dijulang, inilah baru terjadi Raja dibenci dan dicemuh. Kita tolak ke tepi kes penghinaan pemimpin Umno terhadap Sultan dalam kes era Mahathir mahupun di Terengganu sedikit masa dahulu.

Sultan telah mencelah-kangkangkan segala ilmu dan peraturan undang-undang tubuh negeri semata-mata terpikat dengan hujah Najib. Apakah setakat angka majoriti Wakil Rakyat yang dicuri mereka menjadi penyebab kepada keputusan yang semberono itu? Apakah baginda mengambil kira akan bilangan besar wakil Melayu dalam BN? Ataukah ada tawar menawar ekonomi yang dirahsiakan dari pengetahuan rakyat?

Bukan lagi satu rahsia apabila puteri Paduka Sultan banyak mendapat habuan dari kerajaan BN melalui Syarikat Gamuda. Begitu juga tentang kenaikan mendadak Raja Nazrin yang melangkaui kedudukan kanan kerabat lain menjadi Raja Muda. Semua itu dibuat Azlan dengan bantuan kerajaan UmnoBn.

Kesimpulannya,  Sultan Perak Raja Azlan Shah tercemar sudah di mata rakyat terutamanya orang Melayu. Keputusan yang dibuat Mamat Raja ini bukan lagi non-partisan, bebas serta mematuhi peraturan hukum dan Undang-undang Tubuh Negeri Perak. Memang tepat apabila ada penulis yang memperolok-olokkan baginda sebagai ADUN Umno N60. Siapakah yang bertanggungjawab dalam merudumkan kedaulatan Sultan Perak serta ilmuan perundangan yang ulung di kalangan Raja-raja Melayu?

Siapakah penderhaka itu yang bergerak licik laksana belut di sawah bendang? Siapakah manusia bejat laksana Raja Mendeliar yang menjatuhkan empayar Melaka? Penderhaka manakah yang telah membuli Sultan Perak dengan tawaran habuan dunia sehingga beliau dimaki dan dihamput rakyat negerinya? Siapakah yang menyebabkan perpecahan di kalangan rakyat dan merogol kedaulatan Sultan?

Jika melihat kepada modus operandi yang dijalankan, negeri Kedah dan Selangor bakal menjadi sasaran yang berikutnya.

Dr. Nologareng

Sumber Laman M@rhaen

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s