MB Perak dihalang masuk, lambai tangan pada kakitangan

IPOH, 10 Feb (Hrkh)– Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin dihalang untuk masuk ke pejabatnya jam 11.05 pagi tadi dan beliau akur dengan arahan tersebut.

Menteri Besar bersama Exco Exco Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak sampai di pintu masuk jam 11.05 pagi sebagai memenuhi janjinya untuk datang ke pejabatnya hari ini.

Sebelum itu di pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan telah dikawal ketat oleh pihak polis anggota polis simpanan persekutuan (FRU)

Namun kawalan ketat pihak keselamatan sedikit pun tidak mematah semangat Menteri Beaar dan Exconya untuk cuba masuk ke pejabatnya.

Dalam sidang medianya di pintu masuk bangunan tersebut Nizar menjelaskan pada hari ini adalah hari bertemu pelanggan dan beliau datang untuk memenuhi temu janji namun telah dihalang.

“Kami akur dengan arahan dan akan pulang,” katanya.

“Pagi ini saya datang bersama Exco Exco Kerajaan Pakatan Rakyat, kami utamakan keamanan dan ketemraman dan kami akan balik ” Kata Mohamad Nizar

Di samping itu kelihatan di cermin cermin tingkat bangunan tersebut para pegawai dan kakitangan pejabat menyaksikan peristiwa Menteri Besar dihalang dan tidak membenarkan Nizar masuk ke dalam bangunan tersebut dan mereka melambaikan tangan kepada Menteri Besar. Dato’ Seri Nizar turut membalas lambaian mereka itu. – azm _ Johari Jaffar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s