Tindakan Karpal bersifat peribadi, Umno ‘berselindung’ atas nama istana

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Hrkh) – PAS berpendapat bahawa cadangan tindakan yang sedang diambil oleh Peguam Karpal Singh untuk menyaman Baginda Sultan Perak adalah tindakan peribadi beliau dan tidak pernah dibincangkan, serta tidak pernah juga dipersetujui oleh mana-mana pimpinan parti politik dalam Pakatan Rakyat.

Presiden PAS Dato? Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS sekali lagi ingin mempertegaskan pendirian bahawa parti itu senantiasa mendukung prinsip rukun negara termasuklah prinsip kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Katanya sudah tentu rakyat tidak lupa akan tindakan tanpa susila yang dimulai oleh kerajaan pimpinan Umno dan Barisan Nasional pada tahun 1993 semasa pindaan perlembagaan terhadap kuasa imuniti Raja-Raja dilakukan.

“PAS berpendapat bahawa untuk memastikan keadilan terpelihara, semua pihak dalam negara kita ini termasuklah Umno seharusnya menghormati ketiga-tiga intipati penting dalam mendepani suasana yang sedang berlaku di Perak,” kata Ustaz Hadi.

Image“Oleh yang demikian, tindakan pihak tertentu dalam Umno yang cuba untuk mengheret dan berselindung di sebalik Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak dalam tindakan mereka untuk menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak adalah amat dikesali,” kata Ustaz Hadi dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily. – azm _ Azamin Amin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s