Tabung Gaza Harakah kini RM498,174.36: Serah pada pimpinan Hamas Khamis ini

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Hrkh) – Bagi pencinta keamanan dan kedamaian di Gaza yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama diseru supaya terus menyumbang dana dan bantuan melalui Tabung Kemanusiaan Harakah yang dilancarkan sejak wilayah itu dilanda sengketa dan diganasi rejim zalim Zionis Israel.

Pengarah Urusan Harakah Dato’ Kamarudin Jaffar memaklumkan bahawa sejumlah RM498.174.36 berjaya dikutip melalui Tabung terbabit dan berharap agar sumbangan terus diterima daripada masyarakat prihatin di Malaysia.

Beliau menjelaskan dana kutipan tersebut akan diserahkan kepada kepada dua pemimpin Hamas iaitu Sami Abu Zuhri dan Dr. Abu Husam yang akan menemui PAS dan Harakah pada hari Khamis 12 Februari ini di Hotel Putra jam 12 tengah hari.

“Satu majlis akan diadakan di Hotel Putra, Kuala Lumpur jam 12.00 tengah hari bagi meraikan kehadiran kedua-dua pemimpin Hamas itu dan penyerahan sumbangan dana tabung itu

“Selain itu kita juga mahu mendengar kisah sebenar kesengasaraan rakyat Palestin melalui mereka di samping berbincang dan berkongsi pandangan demi membantu meredakan sengketa yang dialami penduduk di sana sekaligus menyokong perjuangan Hamas yang mahu memerdekakan Palestin daripada cengkaman Israel,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily.net.

Buat masa ini, beliau memaklumkan sumbangan telah disalurkan secara berperingkat antaranya melalui Yayasan Amal Malaysia dan pimpinan PAS yang lebih awal tiba di sempadan Gaza ketika wilayah diserang secara bertalu-talu oleh tentera Israel dan sebelum gencatan senjata berlaku.

“Bagi pihak Harakah, saya merakam jutaan terima kasih yang tidak terhinga kepada semua yang telah menyumbang sehingga mendapat sambutan amat menggalakkan dan moga jasa baik masyarakat prihatin diganjar oleh Allah SWT.

“Sungguhpun begitu saya masih menyeru agar ahli PAS dan Pakatan Rakyat termasuk pencinta kedamaian dan keamanan di Gaza baik daripada umat Islam mahupun bukan untuk terus menyumbang kepada tabung berkenaan sebagai komitmen membantu rakan seperjuangan dalam Hamas dan rakyat Gaza yang diganasi rejim Zionis,” katanya yang juga Setiausaha Agung PAS.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tumpat berharap agar dana Tabung dapat ditingkatkan lagi supaya lebih banyak sumbangan dapat diberikan kepada dua pemimpin Hamas itu yang akan tiba di Malaysia dalam jangka masa terdekat. – azm

Hulurkan sumbangan,demi insan-insan yang sedang dizalimi di Palestin melalui Tabung Kemanusiaan Harakah di akaun BIMB: 14069010021298. _

Azamin Amin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s