Adun Jelapang lompat sebab ‘gila pangkat’ – Ketua Wanita DAP

TASEK GELUGOR, 9 Feb(Hrkh)– Sikap Adun Jelapang dari DAP Hee Yit Foong yang ‘gila pangkat’ akhirnya memerangkap dirinya dalam kancah yang melibatkan kehilangan dan sokongan rakyat terhadap beliau dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ketua Wanita DAP Kebangsaan, Chong Eng dalam ucapan ringkas sempena ceramah perdana di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Permatang Buluh semalam berkata keinginan Hee terhadap jawatan tertentu membolehkan dirinya dipergunakan oleh kuncu-kuncu BN yang senantiasa menanti saat untuk menumbangkan kerajaan pilihan rakyat pada pilihanraya umum ke 12 lalu.

“Beliau beberapa kali mendesak saya selaku Ketua Wanita DAP untuk bersuara pada Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak agar menamakanya sebagai Exco tapi saya kata sabar kerana ada orang yang lebih layak memegang forfolio tersebut.

“Bagi saya sudah cukup beliau dilantik sebagai Timbalan Speaker yang juga bertaraf exco yang mempunyai banyak kelebihan berbanding Adun biasa lagipun jawatan yang disandang merupakan sejarah negara apabila wanita pertama dilantik sebagai Adun ke jawatan Timbalan Speaker,” kata Chong Eng yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam.

Dalam pada itu beliau menyatakan masih belum terlambat untuk Sultan Perak, Raja Azlan Shah memperbetulkan keadaan dengan menarik balik perlantikan Menteri Besar baru Dato’ Dr Zamri Abdul Kadir dan mengisyhtiharkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak sepertimana yang dimahukan oleh Menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat, Dato’ Seri Ir Nizar Jamaludin.

“Mana boleh ada dua Menteri Besar dalam sebuah kerajaan. Peristiwa rampasan kuasa oleh Barisan Nasional amat memalukan dan tidak beretika,” tegasnya disululi laungan ‘pergi jahanamBN’.

Menurut beliau lagi, lagipun tindakan Sultan Azlan itu jelas membelakangkan perundangan yang ada sekaligus mengundang kontroversi yang tidak ada kesudahannya.

Rakyat sambungnya, tidak akan berdiam selagi perundangan yang dikatakan menjadi amalan tubuh Kerajaan Perak dicemari semata-mata untuk memudahkan BN berkuasa kembali setelah sebelas bulan menjadi pembangkang.

Turut berceramah dalam program anjuran PAS Kawasan Tasek Gelugor itu ialah Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairudin, Yang Dipertua PAS Tasek Gelugor, Ustaz Khalid Man dan wakil Palestin, Ismail Younis Abujarrad. – azm_

Mohd Sabri Said

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s