Nizar MB Perak – Tengku Razaleigh

KUALA LUMPUR, 8 Feb (Hrkh) – Sambil menyifatkan kejadian di Perak memalukan, bagi veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah, Menteri Besar Perak ialah Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

“Menurut Perlembagaan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sehinggalah beliau meletak jawatan secara sukarela, atau dijatuhkan melalui undi tidak percaya di dalam sidang Dewan (Undangan Negeri) yang rasmi.

“Perlembagaan tidak membuat sebarang peruntukan untuk membolehkan beliau dijatuhkan dengan sebarang cara lain,termasuk petisyen atau arahan dari manmana pihak berkuasa yang lain,” tegas Ahli Parlimen Gua Musang itu.

Tengku Razaleigh juga menekankan bahawa usaha menjatuh atau menubuhkan sesebuah kerajaan dengan apa jua cara lain dianggap pencabulan Perlembagaan Malaysia, penghakisan kedaulatan undang-undang dan menghadapi risiko menubuhkan kerajaan haram (kenyataan penuhnya di sini).

Ketika ditemui wartawan selepas mesyuarat khas Exconya, Mohammad Nizar memberitahu, Pakatan Rakyat menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan sama ada kerajaan negeri yang ada sekarang sah atau sebaliknya.

“Jadi kita serah sebulat-bulatnya kepada mahkamah untuk menentukan. Kalau mereka teruskan (angkat sumpah exco kerajaan negeri Barisan Nasional) sebelum mahkamah bersidang, maknanya kita akan ada dua menteri besar dan dua kerajaan.

“Belum pernah ada dalam dunia begini,” katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Ipoh tengah hari semalam.

Beliau mengulas kerumitan yang bakal timbul sekiranya majlis angkat sumpah barisan exco kerajaan negeri BN dilangsungkan Selasa ini selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir selamat mengangkat sumpah di Istana Iskandariah sebagai menteri besar baru Jumaat lalu.

Mengulas mengenai mesyuarat khas exco yang dijalankan tanpa mengadap Sultan Perak sebagaimana kebiasaan mesyuarat exco, Nizar berkata, perkara itu “dibolehkan” kerana itu mesyuarat khas.

Ditanya adakah beliau akan pergi bertugas ke pejabat Menteri Besar Perak Selasa ini sedangkan Zambry sudah dilantik sebagai menteri besar baru, secara bergurau Mohammad Nizar berkata, “saya akan berebut, siapa datang awal”._ Abdul Aziz Mustafa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s