BN bagai lanun rampas kerajaan Perak, tidak hormati perlembagaan negeri

 

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Hrkh) – Lanun adalah sejenis kumpulan manusia yang tidak mengikuti undang-undang dan mana- mana pihak yang tidak mengikuti undang-undang pada asasnya mereka adalah lanun.

Rampasan kuasa yang berlaku di Perak membuktikan bahawa pimpinan Umno-BN termasuk dalam golongan lanun kerana tidak menghormati dan mengikuti Perlembagaan negeri Perak.

Demikian menurut Naib Presiden PAS, Dato’ Paduka Husam Musa ketika ditemui selepas merasmikan seminar Kebajikan Nasional anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat, di Taman Melewar.

Beliau menegaskan, Umno-BN tahu bahawa mengikut perlembagaan negeri Perak perlu ada undinya tidak percaya barulah kerusi Menteri Besar kosong dan pimpinan Umno-BN boleh mengangkat sumpah. Image

Katanya, mereka mengambil orang yang dituduh terlibat dengan rasuah sebagai orang yang menyokong pembentukan kerajaan (BN) sebagai tekanan dan cara yang mereka lakukan betul-betul lanun.

“Lanun ini tidak ada hati perut dan tidak ada undang-undang dan Adun Pakatan Rakyat adalah wakil rakyat yang telah dipilih oleh rakyat, jadi kalau orang itu ada hati perut mereka tidak akan buat kerja seperti ini kerana ia melukakan perasaan rakyat,” tegasnya.

Tetapi kata beliau Umno-BN merupakan lanun tidak ada hati perut jadi mereka tidak peduli perasaan rakyat. Image

Beliau turut berharap rakyat di negeri Perak terus mendesak Sultan Perak supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak (DUN) yang masih sah dikuasai Pakatan Rakyat.

Katanya, bantahan itu perlu berterusan jika tidak Malaysia tidak mempunyai kedaulatan undang-undang dan rakyat perlu pertahankan kedaulatan undang-undang.

“Kita mahu pertahankan kedaulatan undang-undang dan Menteri Besar, Dato’ Nizar Jamaluddin adalah lambang mempertahankan kedaulatan undang-undang,” jelasnya._ Saidah Hairan | Foto Wan Zahari Wan Salleh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s