Sasterawan Negara kesal rasuah yang parah dalam Umno

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Hrkh) – Sasterawan Negara, A.Samad Said kesal dengan budaya rasuah yang melanda Umno mutakhir ini yang baginya semakin parah.

Paling dikesali, pihak berkuasa hanya mengambil tindakan ke atas perasuah yang merasuah sekitar ratusan ringgit, sedangkan pemimpin yang merasuah hingga jutaan ringgit dibiarkan terlepas, katanya.

Walaupun beliau menyokong tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan ke atas beberapa ahli dan pimpinan bawahan Umno yang terbabit dengan rasuah.

Namun, kelompok yang lebih tinggi yang merasuah dengan wang yang lebih banyak tidak pun dikenakan tindakan dan ini dikesali, kata A.Samad Said.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam satu wawancara ekslusif bersama Harakah di Kuala lumpur bagi mengulas isu rasuah yang melanda Umno hari ini.

“Rasuah ini yang bawah itu memberi dengan nilai yang kecil kerana ianya juga datang dari yang atas yang mempunyai dana yang besar,” katanya.

Sambil kesal dengan perjuangan Umno mutakhir ini yang meminggirkan persoalan hak Melayu, beliau turut kecewa dengan kepimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Tun Dr Mahathir Mohamad sebenarnya tersilap memilih pemimpin yang menggantikannya, biarpun beliau berpengalaman memerintah selama 22 tahun, tetapi beliau mengakui silap memilih pengganti apabila memilih Abdullah Badawi ini,” katanya.

Umno mutakhir ini cenderung kepada rasuah, dan laporan demi laporan mengenai perihal rasuah Umno ini membuatkan rakyat semakin menolak parti ini, katanya.

Beliau seterusnya bimbang akan senario ini yang akhirnya hanya akan menghancurkan perjuangan masyarakat Melayu.

Beliau turut mengajak rakyat terutamanya kelompok muda hari ini melakukan perubahan. WAN NORDIN WAN YAACOB

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s