Sultan terima penjelasan, rakyat tunjukkan simpati – MB Perak

IPOH, 3 Feb (Hrkh) – Sultan Perak Raja Azlan Shah menerima perkenan penjelasan Menteri Besar Perak Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin berhubung kekosongan kerusi dua DUN, Changkat Jering dan Behrang berikutan perletakan jawatan Adun kawasan terbabit.

Kata Nizar ketika ditemui wartawan selepas siadng media khas di kediaman rasmi Menteri Besar jam 12 tengah malam tadi, Tuanku adalah Raja yang amat arif di bidang perundangan dan mahu kerajaan yang ada diteruskan serta ditadbir seperti biasa.

“Tuanku hanya mahu tahu kedudukan kerajaan negeri dan kerajaan Pakatan masih kukuh kedudukannya. Dan saya telah berjumpa semua Adun dan mereka menyatakan sokongan kepada kerajaan negeri.

“Tidak benar dakwaan bahawa Tuanku mahu kerajaan negeri dibubarkan malah Tuanku sendiri amat faham tentang kaedah-kaedah serta peraturan-peraturan yang menyebabkan pilihan raya kecil bakal diadakan,” katanya.

Beliau sebelum itu, menghadiri majlis tahlil Jubli Perak di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan Kuala Kangsar dan pulang mengahdairi pula mesyuarat lajnah politik PAS dan Dewan Harian Perak serta mesyuarat Exco negeri di kediaman beliau.

Mengulas isu sama, Nizar menjelaskan bahawa rakyat semakin memberi sokongan yang tidak putus-putus atas insiden yang berlaku malah bersimpati dengan kerajaan negeri yang cuba diganggu gugat oleh tindakan dua Adun tersebut.

“Insya-Allah, pilihanraya kecil kita akan memperoleh kemenangan dengan sokongan rakyat yang tidak berbelah bahagi kepada Pakatan Rakyat.

“Gelombang Permatang Pauh dan Kuala Terengganu sekali lagi akan diterjemahkan oleh rakyat dalam kedua-dua pilihan raya kecil di Perak nanti,” katanya penuh yakin.

Pagi ini, Nizar sedang menghadiri majlis rasmi Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Sulatn Azlan yang ke-25 tahun di Istana Iskandariah, Bukit Chandan Kuala Kangsar dan Perak diisyhtiharkan cuti pada hari ini.- azm_

Azamin Amin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s