PAS sokong kosongkan kerusi Behrang dan Changkat Jering

IPOH, 3 Feb (Hrkh)– PAS menyokong apa jua keputusan yang diputuskan oleh Pakatan Rakyat termasuk mengosongkan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Behrang dan Changkat Jering berikutan tindakan kedua-dua ADUN yang dikatakan melompat parti.

Perkara ini ditegaskan oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa pada sidang media khas jam 12.00 tengah malam, yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Perak, sejurus selesai Mesyuarat Bersama Lajnah Politik dan Pilihan Raya PAS Pusat bersama Dewan Harian PAS Perak, dekat sini, tengah malam tadi.

Kata beliau, PAS juga menyokong penuh tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar yang menyerahkan surat perletakan jawatan kedua-dua ADUN berkenaan, Jamaluddin Mohd Radzi dan Osman Jailu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi 2 Februari lalu.

Nasharuddin menjelaskan, mesyuarat bersama itu hanya membincangkan senario terkini berkaitan kedua ADUN KeADILan yang melompat parti dan pengosongan kerusi Behrang dan Changkat Jering.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin pada sidang media itu memberitahu, beliau telah memanggil semua ADUN Pakatan Rakyat di negeri itu dan menjelaskan senario politik terkini.

Tegasnya, Kerajaan Negeri Perak masih stabil dan berjalan seperti biasa. Sehingga kini, katanya, Pakatan Rakyat memiliki 30 kerusi dan ia makin stabil berikutan sokongan dan simpati rakyat tidak berbelah-bahagi atas musibah yang terjadi.

Kata Nizar, Umno telah mengambil kesempatan atas sejarah hitam “pertuduhan rasuah” kedua-dua ADUN berkenaan sebelum ini dan percubaan sekali lagi oleh Umno itu terbukti gagal.

Ditanya adakah kedua-dua ADUN tersebut akan mengambil perintah injuksi mahkamah, beliau berkata, kemungkinan besar mereka akan berbuat demikian secepat mungkin.

Antara pemimpin utama PAS yang turut hadir pada sidang media itu termasuklah Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang; Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamaruddin Jaffar; Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato’ Mustafa Ali; Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Mahfuz Omar dan Ahli Jawatan Kuasa Lajnah Politik dan Pilihan Raya PAS Pusat, Khalid Abdul Samad.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan sendiri oleh Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, berikutan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kini berada di Palestin.

RAYUAN GAZA: Hulurkan sumbangan,demi insan-insan yang sedang dizalimi di Palestin melalui Tabung Kemanusiaan Harakah di akaun BIMB, no 14069010021298 _

Azamin Amin & Tarmizi Mohd Jam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s