Empat wakil PAS ke Gaza semula, naiki kapal diatur Fathi Yakan

LEBANON, 3 Feb (Hrkh) – SMS Bendahari PAS kepada Penolong Pengarang Harakahdaily Azamin Amin memaklumkan empat wakil PAS menyertai rombongan misi kemanusiaan ke Gaza sekali lagi dengan menaiki kapal daripada pelabuhan Tripoli dekat sini.

Kata Dr. Hatta Ramli rombongan kemanusiaan itu diketuai oleh Ahli Parlimen PAS Padang Terap Nasir Zakaria dan misi itu diaturkan sendiri ulama terkenal Lebanon Dr Fathi Yakan.

Misi itu turut disertai oleh 80 orang sukarelawan pelbagai negara dan ramai wartawan antarabangsa.

“Setakat ini kapal tersebut telah belayar menuju Larnaca, cyprus sebelum mengarah ke Gaza,” sms Dr Hatta jam 7.00 pagi tadi.

Katanya Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang masih di Lebanon berharap penyertaan PAS dalam rombongan itu akan memberi manfaat kepada rakyat Palestin dari segi moral dan material.

Ahlirombongan PAS terdiri daripada Wan Sharafi (Kelantan),Zulkifli Lazim (Penang) dan Zulkifli Ashaari(Pahang) dan penyertaan PAS adalah atas undangan Sheikh Bilal dari Persatuan Harakah Tauhid, Lebanon yang juga penganjur bersama ketika bertemu rombongan Presiden PAS Ahad lalu.

“Ini adalah pengalaman pertama PAS dalam rombongan antarabangsa menggunakan kapal.

“Tidak dapat diramalkan sama ada kapal ini akan berjaya memasuki perairan Gaza dikawal tentera laut rejim zionis Israel.Rakyat diminta mendoakan keselamatan mereka,” akhiri sms Ahli Parlimen Kuala Krai itu kepada Azamin._

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s