Adun DAP Jelapang tidak lompat parti – Dato’ Ngeh Koo Ham

KUALA LUMPUR, 2 Feb (Hrkh) – Pengerusi DAP Perak, Dato’ Ngeh Koo Ham menafikan desas-desus bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelapang dari DAP, Hee Yit Foong, yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, telah menyertai Barisan Nasional (BN).

Beliau mengakui bahawa pada mulanya pihaknya tidak dapat menghubung Hee namun dimaklumkan bahawa ada Exco Kerajaan Negeri DAP yang telah menghubungi ADUN berkenaan.

“Beliau ada, tidak ke mana-mana… cuma beliau pulang ke kampungnya kerana hadiri majlis perkahwinan saudara beliau,” kata Ngeh ketika dihubungi mStar Online tengah malam tadi.

“Adun DAP (Hee) masih lagi kekal dan akan teruskan usaha mentadbir Perak… tidak ada sesiapa yang hendak keluar parti,” katanya.

Ngeh berkata, beliau percaya khabar angin yang disebarkan kononnya Adun berkenaan keluar parti adalah tidak berasas dan sengaja disebarkan oleh pihak-pihak tertentu untuk menjejaskan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Dalam pada itu, Hee berkata, beliau kecewa dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang tidak menyiasat sebelum mengeluarkan kenyataan petang tadi.

“Lim tidak menghormati saya dan saya telah berada dalam parti ini selama 22 tahun.

“Saya tidak hadir mesyuarat tergempar hari ini (semalam) yang diadakan oleh Menteri Besar sebab saya kurang sihat dan menutup telefon saya,” kata beliau pada sidang media di Ipoh. – azm _

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s