Najib & Zahid laksana “Misi Sulit” tawan semula Perak?

ADA motif besar nampaknya apabila MT Umno memutuskan Timbalan Presiden parti itu, Najib Tun Razak dilantik Pengerusi Perhubungan Umno negeri sebagai pengganti Tajol Rosli di Perak. Dalam kenyataan Pak Lah, Tajol yang mahu Najib menggantikan tempatnya, ini kerana beliau sudah tidak layak duduk di situ.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bagan Datoh yang juga Menteri di JPM, Zahid Hamidi dijadikan regu Najib untuk membantu beliau sebagai Timbalan Pengerusi. Zahid pernah menjadi Setiausaha Pemuda Umno ketika Najib menjadi Ketua Pemuda Umno Malaysia.

Kehadiran Najib bakal menyaksikan satu perubahan drastik dalam politik di Perak. Zahid dalam kenyataannya hari ini, juga mencerminkan ada ramai Adun Pakatan Rakyat akan melompat dalam masa terdekat. Dalam erti kata lain, Umno akan “bershopping” sakan membeli Adun-Adun Pakatan Rakyat selepas ini bagi memperkuatkan misi Najib untuk duduk di Putrajaya.

Kegagalan Najib di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu dilihat dalam konteks pilihan raya telus tetapi dalam merealisasikan “tindakan jahat” politik, ia dilihat mampu dilakukan oleh Najib dan perkara ini bukan suatu yang baru dan pernah terjadi di Kelantan, Selangor dan Terengganu malah di Sabah, sewaktu merampas negeri itu dari PBS di bawah Pairin Kitinggan.

Misi Najib begitu besar. Selain merampas negeri-negeri Pakatan Rakyat secara tidak sah dan melanggar etika demokrasi, Najib juga sedang giat berhempas pulas mempastikan Adun-Adun dan Ahli-ahli Parlimen BN yang sudah condong kepada Pakatan Rakyat tegak semula dengan pelbagai tawaran lumayan. Maklumlah, Najib bakal PM dan kini Menteri Kewangan yang boleh mengagih dan “melarikan” peruntukan untuk apa-apa tujuan sekalipun.

Syabas buat Adun-Adun PAS di Perak yang tidak goyah tetapi anda juga tidak akan terlepas dari sogokan dan godaan dunia dari BN. Kuatkan iman, perjuangan kita untuk Allah dan Rasul. Kemewahan dunia terlalu kerdil dan tidak bermakna apa-apa di sisi Allah SWT.- tmj _ Fadhlol Hadi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s