Hinanya Melayu Kerana UMNO

Johor adalah antara negeri yang paling banyak menanggung hutang kepada Kerajaan Pusat dan Johor jugalah negeri di mana paling ramai Melayu yang menjadi penyokong UMNO. Seperti anak yang terlalu dimanjakan, rakyat Johor dari bani umno yang bermazhab Hadhari terus manjadi lalai dan mamai. Mereka leka dan lupa bahawa negeri mereka tergadai sedikit demi sedikit angkara habuan yang tidak seberapa.

Kelantan adalah negeri yang paling sedikit menanggung hutang kepada Kerajaan Pusat dan Kelantan jugalah negeri di mana paling ramai Melayu yang menjadi penyokong PAS dan Pakatan Rakyat. Bebanan hutang yang sekarang ditanggung dan telah dilunaskan 3/4 daripada jumlah asalnya 19 tahun lalu sebenarnya adalah peninggalan penjajahan regim UMNO yang memerintah Kelantan sebelumnya.

Selangor adalah negeri yang paling kaya dalam peta Malaysia. Selangor jugalah negeri yang paling ramai perompak dan penyamun kelas atasan dari kalangan orang Melayu. 50 tahun Selangor dijajah oleh pemimpin pengkhianat daripada regim zalim, UMNO. Dalam masa itu jugalah Selangor telah melahirkan ratusan malahan mungkin ribuan pengkhianat, perompak, penzina, penipu dan pembunuh dari kalangan Melayu.

Melayu ini memakai baju Melayu. Melayu ini memakai songkok hitam. Melayu ini bercakap dan berucap dalam bahasa Melayu. Melayu ini jugalah yang menipu, merompak, membunuh dan menzalimi bangsa Melayu. Melayu ini jugalah yang disokong dan disanjung oleh Melayu, Cina, India, pendatang haram Bangla, pendatang haram Myanmar, pendatang haram Indon, hantu dan iblis, hanya kerana mereka berkuasa dan berbani UMNO serta bermazhab Hadhari.

Hasil daripada pemerintahan regim UMNO dan berkat Dasar Ekonomi Baru yang dilaungkan oleh UMNO, maka lahirlah jutawan-jutawan Melayu yang antaranya bernama Muhammad a/l Muhamad, Khir a/l Toyo, Satim a/l Diman, Zakaria a/l Derus, Adnan a/l Mansur, Idris a/l Jusoh, Hisham anak Husin, Sharil anak Samad, Khiri anak antu, Adnan anak Yaakub, Shahidan anak Kasim dan beratus yang lain di mana semuanya menjadi jutawan hasil berkat Dasar Ekonomi Baru tajaan UMNO yang disokong oleh pencacai mereka yang miskin dan papa kedana.

Mac 2008 kekuasaan mereka terjejas, kekuasaan mereka terhakis. Mereka menjadi binggung dan semakin sewil. Mereka hilang pertimbangan. Kepala regim mungkin bertukar Mac 2009 ini. Kepala baru, perangai pun baru dan berbeda daripada kepala yang sedia ada. Kepala sedia ada, makan secara senyap. Kepala baru, makan riuh rendah. Kepala nak makan, bini Kepala pun nak makan. Mereka berebut sehingga ada yang menjadi korban dan ada yang hilang dari pandangan, seperti Altantuya dan Balasubramaniam.

Era santai, rompak, joli dan relax yang mereka nikmati selama 50 tahun telah semakin tercemar. Mereka bimbang. Mereka tiada pilihan kerana mereka tiada keimanan. Mereka tiada pilihan kerana mereka semakin hilang sokongan. Kali ini mereka tidak merompak wang kerana mereka telah lama dan banyak merompak. Mereka telah banyak wang. Sekarang adalah masa untuk mereka melabur semula. Melabur untuk memastikan mereka akan terus dapat melakukan rompakan 50 tahun lagi, untuk ini mereka mesti mengekalkan penjajahan zalim regim mereka. Sekarang mereka menjadi perompak orang. Mereka merompak orang yang dangkal keimanannya. Mereka merompak orang yang cetek semangat juangnya. Mereka merompak orang yang lupa asas perjuangannya.

Ketawa terbahak-bahak.
Sakit perut nak terberak.
Apalah nasib kutu berahak.
Bila Najib mengidamkan Perak.

Sumber kerajaan rakyat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s