Tajol dipertanggungjawabkan, bagaimana dengan Najib?

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Hrkh) – Tindakan Umno/BN mempertanggungjawabkan Pengerusi Perhubungan Umno Perak, Dato’ Seri Tajol Rosli Ghazali berikutan kemasukan Adun Bota, Dato’ Nasharudin Hashim ke dalam Parti Keadilan Rakyat menunjukkan Umno berat sebelah.

Demikian kata Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamarudin Jaffar kepada Harakah semasa dihubungi bagi mengulas isu berkaitan Tajol Rosli di Perak.

“Mengapa Tajol sahaja yang perlu dipertanggungjawabkan berikutan isu kemasukan Adun Bota ke dalam KeADILan?

“Mengapa tidak Pengarah Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu BN, Dato’ Seri najib Tun Razak tidak dipertanggungjawabkan di atas kekalahan memalukan Umno di sana?,” katanya.

Sedangkan kata Kamarudin dalam kes Najib, ia lebih memalukan kerana Parlimen Kuala Terengganu adalah kerusi yang dimenangi Umno/BN pada pilihan raya umum Mac 2008.

“Terang-terang kekalahan di Parlimen Kuala Terengganu amat memalukan Umno dan mengapa Najib tidak diambil tindakan seperti Tajol?,” katanya lagi.

Majlis Tertinggi (MT) Umno 29 Januari menerima peletakan jawatan Tajol Rosli Ghazali sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perak berkuat kuasa serta merta.

Presidennya, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tempat Tajol Rosli digantikan Najib.

Bercakap kepada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat itu, beliau bagaimanapun memberitahu bahawa Najib hanya akan menyandang jawatan tersebut sehingga berakhirnya Perhimpunan Agung Umno Mac ini.

Menurut Perdana Menteri, langkah ini diputuskan berdasarkan kehendak Tajol Rosli sendiri yang merasakan perlu ada pemimpin lain yang mengetuai UMNO Perak.

“Hanya setakat sampai Mac iaitu sampai selesainya Perhimpunan Agung Umno. Selepas itu akan dilantik ketua baru bagi Umno Perak.

“Sementara yang akan jadi Timbalan Pengerusi ialah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Zahid pun begitu juga sampai selepas perhimpunan agung. Selepas itu keputusan baru akan dibuat,” katanya./wann_ WAN NORDIN WAN YAACOB

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s