Pemimpin muda mesti tinggalkan Umno, sertai PAS

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Hrkh) – Pemuda PAS percaya Umno tidak lagi mampu menjadi parti yang boleh diharapkan bagi meneraju kepimpinan negara pada masa ini.

Ini berikutan perkembangan politik tanahair sejak Pilihanraya Umum ke-12 hingga kepada peristiwa penghijrahan Adun Bota Dato’ Nasaruddin Hashim dan terakhir cadangan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen untuk membubarkan kesemua sayap parti di dalam Umno lantaran politik wang.

Setiausaha Pemuda PAS Ahmad Sabki Yusof berkata masalah kepimpinan dan kecelaruan nilai di dalam Umno yang begitu teruk waktu ini menjadikan parti itu sarat dengan masalah dalaman yang tidak mampu dipulihkan dalam waktu terdekat.

“Masalah amalan rasuah politik umpamanya, sudah menjadi sebati dengan kepimpinan tertinggi Umno dan kelihatan seperti mustahil untuk ditinggalkan oleh mereka.

“Sebahagian besar pemimpin Umno juga dilihat meletakkan kepentingan diri jauh melebihi kepentingan rakyat dan negara bahkan melebihi kepentingan parti mereka sendiri,” katanya dalam satu kenyataan media kepada Harakahdaily.

Katanya kedudukan Umno yang tenat itu menjadikannya tidak lagi sesuai sebagai pentas perjuangan politik bagi anak-anak muda yang mempunyai idealisma dan semangat perjuangan yang tulus.

“Dengan penuh kesedaran mengajak pemimpin-pemimpin muda di dalam Umno yang ikhlas memperjuangkan kepentingan rakyat dan negara, juga kepentingan Islam dan Melayu untuk meneruskan perjuangan mereka dalam pentas politik PAS.

“Semangat perjuangan dan bakat kepimpinan mereka diperlukan oleh Pemuda PAS untuk memantapkan lagi barisan kepimpinan di dalam PAS di semua peringkat,” kata Sabki.

Beliau yakin ruang untuk pemimpin muda untuk berperanan di dalam PAS amat luas memandangkan kedudukan PAS sebagai kerajaan bersama-sama Pakatan Rakyat di lima buah negeri pada masa ini dan dalam persediaan untuk menjadi kerajaan di peringkat persekutuan.

Pemimpin-pemimpin Pemuda PAS di semua peringkat bersedia bertemu dan berbincang dengan mana-mana pemimpin muda dari Umno atau mana-mana pertubuhan belia yang bernaung di bawah Umno untuk membolehkan mereka terus berperanan bagi kepentingan masa depan negara dan rakyat bersama PAS, katanya

“Biarlah mereka yang mempunyai agenda peribadi dan kepentingan diri sahaja terus tinggal dan tenggelam bersama Umno,” katanya. – azm _

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s