Pakej Ransangan Kedua: Najib perlu bentang di Parlimen, elak kegagalan berulang

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Hrkh) – PAS pada asasnya bersetuju cadangan untuk melaksanakan pakej rangsangan ekonomi kedua oleh Menteri Kewangan Dato’ Seri Najib Tun Razak akibat kegawatan masalah global itu namun ianya perlu dikemukakan di Parlimen bagi diperhalusi dan dibahaskan oleh semua pihak yang mewakili suara rakyat.

Ketua Penerangan PAS Dato’ Mahfuz Omar berpendapat, langkah itu perlu bagi memastikan segala dasar dan tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang gagal akibat salah urus dan tadbir tidak berulang lagi menyebabkan ekonomi negara bertambah parah.

“Kita tidak mahu pakej ini hanya ‘dilingkari’ dan ‘dimanfaatkan’ oleh Umno dan BN serta kroninya sahaja sedangkan ianya perlu mendapat pandangan semua pihak termasuk pembangkang yang mewakili suara rakyat.

“Kita tidak mahu lagi tradisi Umno-BN yang terus melaksanakan tanpa mengambil kira pendapat semua dan bila gagal, pakej lain diperbaharui lagi,” katanya ketika menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena tidak menafikan pakej rangsangan amat penting dalam mewujudkan lebih banyak aktiviti ekonomi selain mengatasi masalah pembuangan pekerja secara beramai-ramai serta mengatasi krisis ekonomi itu. Image

Namun pakej itu tidak dilakukan ‘bersendirian’ seperti sebelumnya yang hanya mengambil kira pandangan kerajaan BN semata-mata yang menyebabkan perubahan tidak berlaku.

Memberi contoh, Mahfuz menambah isu suntikan pemulihan saham RM5 billion oleh KWSP kepada Valuecap juga gagal termasuk bail-out kepada syarikat-syarikat tertentu.

“Berapa banyak pakej yang dilakuan secara sendiri-sendiri oleh BN sebelum ini yang akhirnya gagal dan tidak mendapatkan perubahan. Kita mahu semua pihak terlibat memberi input dalam menjana ekonomi negara yang lembap ini,” .

“Ini bukan masanya untuk memikirkan kepentingan survival politik. Isu ekonomi merentasi sempadan politik dan melibatkan kepentingan seluruh rakyat dalam negara,” katanya.

Jika perlu, katanya satu sidang khas Parlimen sebelum 16 Februari dibuat selama dua hari bagi semua ahli parlimen membincangkan secara serius dan terperinci supaya pakej ini tidak dilakukan secara terburu-buru dan mengakibatkan kegagalan seterusnya menenjajaskan ekonomi negara. – azm _ Azamin Amin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s