Selepas Yayasan Amal,kini Muslim Care ke Gaza

KAHERAH,26 Jan (Hrkh) –Selepas kejayaan misi kemanusiaan yang dibawa oleh Yayasan Amal Malaysia,kini sebuah lagi NGO iaitu Muslim Care turut tidak ketinggalan dalam misi yang serupa apabila tiba di Kaherah semalam untuk memberikan bantuan kepada penduduk di Gaza.

Rombongan Muslim Care yang berada di Kaherah ini diketuai oleh Timbalan Presidennya, Zulkifli Mohd Nani dan dibantu oleh Ustaz Riduan M. Noor, Zulkifli Wahijan dan Dr. Azarisman Mohd Shah.

Menurut Ustaz Riduan, dana kutipan Muslim Care pada awalnya berjumlah RM 105,000, dan kian bertambah dengan nilai kutipan terkini iaitu sebanyak RM 200.000.

Sebaik tiba di Kaherah,Muslim Care telah memulakan langkah awal dengan bertemu Duta Besar Malaysia di Mesir,TYT Dato’ Zainal Abidin Abd Kadir untuk menyatakan hajat dengan membawa misi kemanusiaan dan bantuan ke Gaza melalui sempadan Rafah.

ImageDalam pertemuan tersebut,pihak kedutaan memberikan kerjasama dan telah menetapkan beberapa prosedur yang perlu diikuti antaranya;tidak melibatkan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir dalam misi kemanusiaan Muslim Care.

Sungguhpun demikian, pihak pelajar yang prihatin dengan nasib rakyat Palestin telah menghulurkan bantuan seupaya mungkin bagi memudahkan anggota Muslim Care meneruskan misi mereka.

Antara bantuan yang diberikan adalah menyediakan sumbangan untuk dibawa kepada mangsa Israel di Kaherah dan membantu membeli bekalan perubatan dengan usahasama Arab Medical Union (AMU).

Sementara itu, berita terbaru yang diterima,pihak berkuasa Mesir telah kembali menutup pintu sempadan di Rafah.

Ketika ini, anggota Muslim Care sedang dalam perjalanan ke Rafah dan akan berusaha menyampaikan bantuan kemanusiaan yang dibawa bersama.

Kepada rakyat Malaysia atau sesiapa sahaja yang ingin memberikan sumbangan boleh berbuat demikian atas nama; Muslim Care dengan menyalurkan dana ke akaun RHB Bank: 26-2120-0000-4747. – mks. _ Muhammad Azmir & Syed Kadir

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s