Umno perlu dibubar, bukan dirombak

 Utusan Malaysia melaporkan, KUALA LUMPUR 21 Jan. – UMNO perlu dirombak besar-besaran dari segi struktur dan gerak kerja jika parti itu mahu terus relevan dan diterima rakyat.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, ia melibatkan langkah memenuhi segala tuntutan perubahan yang dimahukan oleh rakyat.

1.Tertarik juga dengan dengan pandangan Dato’ Mukhriz anak bekas  Presiden Umno.Maklumlah kena lantang sikit supaya dapat tarik perhatian untuk calon Ketua Pemuda Umno. Sebenarnya bukan rombak tetapi bubar sahaja Umno.

2.Umno sudah rosak idealisme perjuangan sejak zaman bapak dia yang berkuasa 22 tahun  dan disambung pula oleh Pak Lah.

3.Kalau dulu Umno nampak juga dia yang bersifat nasionalis memperjuangkan Melayu dan masalah rakyat yang tertindas di kampung-kampung. Memang daripada awal lagi Umno bukan parti yang hendak menegakkan Islam yang syumul. Masalah sekarang perjuangan agama pun tidak ada, perjuangan bangsa pun tidak ada. Yang ada hanya perjuangan perut. Akibatnya inilah yang terjadi pada Umno sekarang.

4.Apa lagi formula untuk pulih Umno, dulu kata kalau Pak lah serah kuasa Umno akan kuat. Sekarang Pak Lah dah hendak undur Mac 2009, Umnu tetap ‘’kong” (tak bermaya) juga.

5.Apa agaknya ubat untuk Umno hendak pulih?

6. Sebenarnya apa yang berlaku ialah merupakan sunnah Allah bahawa perjuangan Umno yang sekular tidak sesuai dengan fitrah manusia yang suci dan tidak akan melahirkan pejuang yang ikhlas dan suci.
 
Firman Allah SWT
“Tanah yang baik, tanamannya tumbuh subur dengan izin Allah; dan tanah yang tidak subur , tanamannya hanya tumbuh merana. Demikianlah kami mengulangi tanda-tanda kebesaranya (Kami) bagi orang-orang yang bersyukur” al-A’raf:58

7.Buatlah rombakan  macamanapun Umno tidak akan mendapat sokongan , terutama anak muda yang celik maklumat.

8.Umno hanya boleh berpaut pada penyokong saluran 1 sahaja, yang dilahir sama dengan tarikh Jepun mendarat di  Malaya. InsyaAllah apabila peringkat umur seperti ini tidak ada lagi di dunia, maka Umno sayonara.

Oleh : Ustaz Idris Haji Ahmad
*Penulis adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat 2007/2009.

Sumber Tranungkite

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s