Terima Kasih Zahid Hamidi Kerana Berusaha Keras Mempercepat Kejatuhan BN

Masa saya bersekolah dahulu, saya diajar bahawa di dunia ini ada tujuh benda ajaib. Saya tidak tahu sama ada senarai tujuh ini masih kekal atau telah bertambah. Kalau boleh ditambah, saya ingin syorkan supaya Malaysia dijadikan sebagai benda ajaib kelapan. Ini kerana di sini banyak benda ajaib yang dicipta oleh tokoh-tokoh politik kita yang tahap kecerdikannya amat diragui.

Apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin berkata imej negatif UMNO dan sikap sesetengah pemimpinnya yang kurang mesra di mata rakyat merupakan antara punca kekalahan Barisan Nasional pada pilihan raya kecil kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu 4 hari lepas dan parti itu perlu mengubah budaya dan imejnya agar disenangi oleh rakyat, saya menjangkakan semua pemimpin UMNO memahami mesej yang disampaikan beliau.

Namun jangkaan saya meleset. Tiba-tiba sahaja pada hari yang sama kelmarin Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan yang sama sekali bertentangan dengan moral ucapan Datuk Seri Najib. Ketika Najib meminta UMNO mengubah imej negatif yang tidak mesra rakyat, Zahid mengeluarkan kenyataan bahawa semua pengarah jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan dilarang daripada menghadiri mesyuarat-mesyuarat di peringkat negeri berkuat kuasa serta-merta. Kenyataan itu jelas menampakkan sikap tidak mesra rakyat pemimpin itu dengan imej balas dendam yang tidak pernah padam.

Zahid juga berkata, berkuat kuasa serta-merta juga, agensi-agensi persekutuan hanya akan menerima syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) yang ditubuhkan oleh kerajaan persekutuan. Kata beliau lagi Jabatan-jabatan dan agensi-agensi persekutuan telah diarahkan supaya hanya menerima borang-borang yang ditandatangani JKKKP sahaja. Syor-syor yang dibuat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di bawah kerajaan-kerajaan negeri PR pula tidak diiktiraf.

Begitu juga dengan permohonan biasiswa, Zahid berkata, kemasukan ke institusi pengajian tinggi juga memerlukan syor JKKKP.
Mengapa pegawai persekutuan dilarang daripada menghadiri mesyuaratdi peringkat negeri tidak dijelaskan oleh Zahid. Zahid juga tidak menjelaskan sama ada “negeri” yang dimaksudkannya itu ialah semua negeri atau negeri-negeri yang diperintah oleh PR sahaja. Namun apabila melihat berita ini turut memuatkan kenyataan bahawa kerajaan hanya mengiktiraf JKKP dan tidak JKKK, maka fahamlah kita bahawa ia hanya merujuk kepada negeri-negeri di bawah PR sahaja.

Nampaknya beberapa pemimpin BN tidak jemu-jemu berikhtiar untuk meminggirkan kerajaan-kerajaan negeri PR yang dipilih oleh rakyat menerusi proses demokrasi. Sudahlah peruntukan persekutuan ke negeri-negeri tersebut cuba disekat, JKKK pula tidak diiktiraf, kini jentera pengurusan di peringkat negeri-negeri berkenaan juga cuba dilumpuhkan menerusi arahan Zahid yang tidak membenarkan pegawai persekutuan ‘turun padang’ itu. Tindakan tidak mengiktiraf jentera pentadbiran kerajaan-kerajaan negeri PR seolah-olah satu signal bahawa kerajaan-kerajaan negeri tersebut bukan sebahagian dari Malaysia. Ia mengingatkan kita kepada nasib Hamas yang dipinggirkan oleh Mahmud Abbas selepas gerakan Islam itu memenangi piliharaya di Palestin. Nampaknya apa yang dikatakan oleh beberapa pemimpin PR semasa kempen pilihanraya kecil Terengganu dahulu memang betul: nasib kerajaan-kerajaan negeri di bawah PR adalah sama seperti Hamas – dipinggirkan dan cuba dilumpuhkan!

Apapun kenyataan Zahid itu hanya akan menambahkan rasa meluat rakyat terhadap dasar-dasar kepimpinan BN. Zahid nampaknya tidak pernah memahami isyarat rakyat yang dibuat menerusi keputusan PRU ke-12, PRK Permatang Pauh dan terbaru PRK Kuala Terengganu. Harap lebih ramai menteri-menteri kita yang akan mengeluarkan kenyataan senada dengan Zahid selepas ini. Semakin ramai menteri-menteri bertaraf cap ayam seperti Zahid bercakap, semakin meningkatlah kemarahan rakyat. Semakin rakyat marah, semakin cepatlah BN mengucapkan sayonara terhadap pentas teraju politik negara yang telah disandangnya sejak 51 tahun yang lalu itu.

http://pendikargunung.blogspot.com/

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s