“Bunuh semua tentera Israel!”

EL-ARISH, 21 Jan (Hrkh) – Demikian ungkapan yang tidak terjangka oleh wartawan Harakah apabila bertanya kepada adik Muhammad Abdillah yang baru berusia 11 tahun.

Gelojak amarah. Perasaan memberontak. Semangat berapi-api jelas terpancar bagi anak Palestin yang kini berada di El-Arish.

Jika di Malaysia, anak sekecil ini baru menginjak kakinya di tahun 5 dan sedang bergelut dengan dunia pendidikan PPSMI yang merimaskan.

Tetapi bagi majoriti anak-anak Palestin,mereka seringkali memberontak dalam diam dan luahan amarah mereka akan terpancar jika diduga dengan pertanyaan mengenai tanahair mereka dan Israel.

ImageHarakah ketika mengikuti rombongan Yayasan Amal Malaysia untuk misi kemanusiaan Gaza sempat merakamkan detik-detik yang dialami oleh anak kecil Palestin.

Menurut Muhammad, jika diberinya peluang untuk ke Gaza ketika ini, beliau sedia berjihad.

“Akan kubunuh setiap satu tentera laknatullah ini. Tiada ampun buat mereka.

“Andai terkorban,tidak mengapa…tidak takut Allah akan matikan kita jua,”jelasnya dengan penuh semangat.

Ketika ditanya apakah beliau tidak gentar ke sana dalam suasana perang ketika ini,katanya,”apa nak takut…kami di sini setiap hari sudah biasa dengan apa yang dilakukan mereka.

“Anda dapat saksikan sendiri…semuanya ada di kaca televisyen.Semua boleh dilihat di setiap hospital di sini,”tegasnya.

Bagi Muhammad, istilah syahid tidak menggusarkannya. Beliau tidak gentar dengan nama syahid.

“Ya,syahid…kami mahu syahid,kami mahu bunuh tentera Israel,”tegasnya lagi.

ImageMuhamad mengakui,dirinya cukup terasa dengan situasi di Gaza,kerana beberapa saudaranya turut terbunuh di sana.

Walaupun masih mempunyai ibu dan bapa, tetapi peristiwa saudara-maranya yang terbunuh di hadapan mata sendiri sukar untuk dilupakan.

“Saya tidak akan lupa. Setiap titis darah jika diberi peluang akan saya balas,”katanya.

Ditanya mengenai pandangan rakan-rakan sebayanya di sini,kata Muhammad,”kami sama bersatu hati. Setiap hari kami berdemonstrasi di sekolah.

“Tapi kami benci dengan guru-guru di sini. Mereka diam,”katanya.

Tambahnya, guru-guru di sekolah yang sedang dipelajarinya ketika ini hanya mendiamkan diri.

“Mereka tidak membuat apa-apa. Tidak guna guru sebegitu. Tidak ada perasaan pada kami di Palestin,”katanya dengan penuh rasa kesal. – mks. _

Mohd Khalil Abdullah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s