DAP ajak UMNO pie KELANTAN..!!!

Kenyataan Karpal bersifat peribadi
KUALA LUMPUR 16 Jan. – Kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mengancam untuk menarik diri daripada pakatan pembangkang sekiranya Pas bertekad melaksanakan hukum hudud dan qisas adalah bersifat peribadi serta tidak mewakili pendirian parti.

Ahli Parlimen Kepong dari DAP, Dr. Tan Seng Giaw berkata, kenyataan berkenaan hanyalah pendapat peribadi Karpal malah DAP tidak menghadapi sebarang masalah dengan parti lain dalam pakatan pembangkang.

“Kita tahu bukannya senang untuk melaksanakan undang-undang baru di sesebuah negeri kerana kita masih perlu patuh kepada Perlembagaan Persekutuan yang mengatasi semua undang-undang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib bahawa tindakan DAP mahu menarik diri daripada pakatan pembangkang sekiranya Pas bertekad melaksanakan hukum hudud dan qisas merupakan sandiwara terkini parti itu dan pakatan pembangkang bagi meraih sokongan rakyat.

Menurut Muhammad, ia merupakan sandiwara yang dirancang oleh pakatan pembangkang bagi meraih sokongan pengundi Cina pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Seng Giaw berkata, isu hukum hudud dan qisas telah dibangkitkan oleh Pas pada tahun 1999, namun pengundi bukan Islam masih memberi sokongan kepada parti itu sehingga membolehkan ia memerintah Kelantan hingga sekarang.

“Keadaan ini wujud mungkin kerana mereka faham sekiranya hukum hudud dan qisas dilaksanakan kelak, ia tidak akan dilaksanakan ke atas rakyat bukan Islam.
“Saya hendak mempelawa pemimpin UMNO untuk pergi ke Kelantan dan melihat sendiri bagaimana kaum Cina di sana dapat hidup dengan gembira walaupun di bawah pemerintahan parti pembangkang,” katanya.

Menurutnya, pemimpin-pemimpin UMNO dilihat sebagai ketandusan isu sehingga mengatakan DAP sedang bersandiwara untuk menyerang pakatan pembangkang.
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s