Wakil Harakah, Amal masih ‘terkandas’ di Mesir

MESIR, 16 Jan (Hrkh) – Berita terkini yang diperolehi melalui wakil Harakah Mohd Khalil Abdullah yang menyertai misi bantuan kemanusiaan pasukan Yayasan Amal Malaysia (AMAL) masih ‘terkandas’ di sempadan Mesir.

Sebelum itu katanya pasukan Amal telah menemui pihak kedutaan termasuk bertemu pihak Hamas yang bersedia memberi sokongan dan mengiringi pasukan AMAL terus ke Gaza. Sungguhpun begitu banyak halangan terutama dari segi protokol dan keselamatan yang menghalang terus pasukan untuk masuk ke Gaza

“Jika tiada sebarang halangan, kami akan memasuki Gaza Sabtu atau Ahad. Hamas menyatakan kesediaan bersyarat iaitu segala yang berlaku adalah di bawah tangunggan sendiri,” kata Khalil melalui email pendek kepada Harakahdaily sebentar tadi.

“Doakan keselamatan kami. Kami di sini dalam persiapan membeli barang untuk dihantar ke Gaza dan melawat hospital yang mana ramai mangsa yang dirawat di sini,” katanya yang turut menjelaskan Harakah, TV3 dan Th Star adalah antara media Malaysia yang menunggu giliran untuk memasuki Gaza.

Beliau menambah, sekiranya Amal dan Harakah diberi peluang memasuki Gaza, tarikh penerbangan pulang beliau bersama pasukan Amal ke tanahair akan berubah daripada 20 dipinda ke 24 Januari depan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s