Laporan Polis Terhadap Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil P036

– Salinan –

Saya MOHD. FARIZ BIN ABD. TALIB @ MUSA bernombor Kad Pengenalan 700301-11-5627 beralamat 138-F , Wisma Sentosa , Jalan Sultan Zainal Abidin , 20000 Kuala Terengganu , dengan ini membuat laporan polis sepertimana berikut ;

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu ( MBKT ) , Dato’ Mat Razali Kassim pada 14 Januari 2009, 10 pagi bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman sewaktu dalam ucapannya kepada 590+ orang kakitangan bawahan MBKT telah secara terang-terangan  berkempen , memaksa dan mengugut kakitangan bawahan MBKT memilih Barisan Nasional ( BN ) pada 17 Januari 2009 nanti .

Ugutan beliau kepada kakitangannya ialah “ kalau berani dan tidak takut dibuang kerja silalah ”.

Sedangkan beliau adalah merupakan Pegawai Pengurus Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu yang telah dilantik oleh Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) yang seharusnya bertindak adil dan telus tanpa berpihak kepada mana-mana parti yang bertanding sama ada Barisan Nasional atau Parti Islam SeMalaysia ( PAS ).

Saya memohon pihak polis supaya menyiasat dakwaan bahawa wujud amaran dan ugutan oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu , Dato’ Mat Razali Kassim yang telah memaksa dan mengugut kakitangan bawahannya..

Tindakan ini jelas bertentangan dengan perlembagaan Malaysia kerana setiap warganegara yang layak dan berdaftar sebagai pemilih boleh memilih mana-mana parti dalam pilihanraya tanpa paksaan dan ugutan ,

Sekiranya benar ianya jelas bertentangan dengan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya .

Sekian , laporan polis saya .
 
 

( MOHD. FARIZ BIN ABD. TALIB @ MUSA )
700301-11-5627

Sumber Laman M@rhaen

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s