Janji-janji Najib – Jika masjid pun kena tipu…

“Najib bohong,” begitu tajuk utama di muka hadapan Suara Keadilan 14-21 Januari 2009. Di bawahnya dinyatakan, “Janji peruntukan RM100,00 kepada masjid, RM30,000 kepada surau ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh terbukti palsu”.

Tertulis lagi, “Ia adalah janji politik dan geran kosong yang selalu digunakan oleh Umno ketika pilihan raya – Pemimpin Umno negeri.

“Kalau duit untuk agama ditipu, apa lagi untuk peruntukan lain – orang ramai

“Pengundi Kuala Terengganu diingat jangan tertipu”.

Muka hadapan Suara Keadilan itu juga menyiarkan gambar wakil masjid Kubang Semang, Suhaimi Harun menunjukkan surat yang ditandatangani oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjanjikan peruntukan RM100,000 ketika kempen pilihan raya Permatang Pauh. Namun, selepas pilihan raya selesai, dia diberitahu tiada wang peruntukan.

Di muka surat empat Suara Keadilan, tersiar gambar surat Najib yang menjanjikan peruntukan RM100,00 itu. Antara lain, surat yang mempunyai kepala surat yang tertulis Timbalan Perdana Menteri berserta lambang negara Malaysia dan ditandatangani oleh Najib itu menyatakan:

Sehubungan ini, dimaklumkan bahawa permohonan peruntukan bagi membaik pulih, menaik taraf dan membeli peralatan baru Masjid Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang bernilai RM100,000.00 telah diluluskan dan pelaksanaannya akan dimulakan dalam jangkamasa terdekat ini.

Di muka surat lima akhbar tersebut, disiarkan komen penduduk-penduduk Kubang Semang. Antaranya, Rahim Ibrahim menyatakan:

Saya merayu kepada pengundi di Kuala Terengganu supaya jangan mudah termakan janji. Jika masjid pun kena tipu, apa jaminan peruntukan lain tidak ditipu.

Di Kuala Terengganu, Utusan Malaysia 13 Januari 2009 melaporkan Najib berjanji kerajaan akan membuat perubahan besar di Kuala Terengganu jika rakyat memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen kawasan itu 17 Januari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan BN merupakan sebuah kerajaan yang mampu membuat perubahan untuk kesejahteraan rakyat berbanding PAS yang hanya tahu berjanji tetapi tidak mampu melakukannya. (http://penarikbeca.blogspot.com)_ hrkh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s