BESAR SUNGGUH RAHSIA EZAM BUAT !!

Malang sungguh nasib Raja Sesumpah kali ini.  Semua yang dia lakukan serba tak menjadi bahkan terpalit ke mukanya sendiri.  Memang benarlah seperti yang beliau katakan, beliau sanggup `dipergunakan’ oleh UMNO kononnya untuk agama, bangsa dan negara. 

 Demi agama, Ezam turut bersekongkol dengan pejuang-pejuang mempertahankan Akta ISA, demi agama Ezam sanggup bersama dengan parti yang terang nyata menolak hukum hudud dan demi agama juga Ezam bersedia berganding bahu dengan parti yang pemimpinnya sendiri mengakui bergelumang dengan rasuah khususnya sesama ahlinya. Demi bangsa pula, Ezam akan tetap mempertahankan DEB yang telah pun lama terkubur akibat pemimpinnya UMNO sendiri, demi bangsa Ezam turut bersama parti yang dahulunya bertanggungjawab menghapuskan tulisan Jawi dan demi bangsa Ezam turut berjuang menjadi `batu api’ permusuhan di antara pemimpjn Melayu sesama Melayu.  Batu Api yang dinyalakan untuk DS Anwar dan Tun Mahathir diharapkan oleh Ezam dapat dimarakkan, malang sekali kedua-dua pemimpin Melayu tersebut tidak sebodoh Ezam.  Untuk negara pula, Ezam berjuang di dalam UMNO kerana ingin menyelamatkan rasuah, ekonomi ataupun pendidikan.  Sepanjang tempoh beliau berada di Kuala Terengganu, dipercayai banyak rasuah-rasuah yang telah beliau dedahkan termasuk yang berada di dalam kotak-kotak beliau.  Beliau juga banyak bercerita tentang isu pembelian eurocopter, kapal selam dan mungkin juga kisah-kisah jenayah yang maha hebat seperti kes Altantuya.
 
     Maka, mungkin terpedaya dengan `kehebatan’nya, saya tertunggu-tunggu apakah `kejutan’ atau berita gempar yang bakal Raja Sesumpah ini dedahkan.  Bila tiba masa yang ditunggu-tunggu, hanya helaian kertas bertulis tangan dipamirkan oleh Ezam untuk melegakan harapan orang ramai yang ingin melihat apakah rahsia besar dari Ezam yang dijangkakan sudah pasti lebih besar dari kisah `Sumpah Laknat Saiful’.  Kisah yang tercatat di dalam kertas tulisan tangan itu bertarikh tahun 1998 dan ianya sedikit pun tidak menceritakan tentang isu rasuah, penyelewengan, salah laku atau apa jua yang boleh menyebabkan rakyat mencurigai sipenulisnya.  Sebaliknya, kita mencurigai apakah motif sebenar Raja Sesumpah menjadikan kertas usang tersebut sebagai modal besar apatah lagi Ezam sendiri turut memohon `restu dan perkenan’ dari bos barunya Pak Lah dan Najib sebelum mendedahkan kepada orang ramai.
 
     Sebagaimana yang telah saya ramalkan dalam tulisan saya sebelum ini, bahawa bukan Ezam namanya kalau dia tidak `bersumpah’ apabila menyatakan sesuatu.  Di Kuala Terengganu, Raja Sesumpah terus memperkuatkan `darjat dan mahkota’ Raja Sesumpahnya dengan bersumpah mengaitkan YB Husam Musa pula.  Setelah batu api yang dikenakan terhadap DS Anwar dan Tun Mahathir tidak menyala dan menjadi, maka Ezam bermain batu api lagi untuk mengenakan YB Husam dengan DS Anwar.  Tidak hairan selepas ini, beliau akan mencari sesiapa sahaja sasarannya untuk menyalakan batu api ini demi sesuap nasi beliau.  Kini, Ezam menyalakan permusuhan dengan PAS pula setelah hajat dan cita-citanya untuk memecahkan perpaduan di dalam Pakatan Rakyat gagal.  Sedangkan sebelum ini di Selangor Ezam memuji PAS yang padanya lebih baik dari PKR memerintah Selangor.  Bayangkan bagaimana lidah dan mulut Ezam ini mampu berkata-kata meskipun terpaksa bercakap dengan lidah yang bersimpul.
 
     Saya ingin juga mencabar Ezam untuk bersumpah lagi dan katalah `Wallahi, Wabillahi, Watallahi, Sesungguh saya Ezam bin Mohd Noor tidak pernah berkata bahawa “SIAPAKAH YANG MASUK UMNO DENGAN IKHLAS? dan perkataan seumpamanya.  Jika beliau lupa dialog tersebut, Ezam boleh buka di laman Youtube.com dan teliti betul-betul apa yang dikatannya.  Di sana terlalu banyak yang Ezam telah katakan, dan jika ditaip atau ditulis tangan semula nescaya berganda-ganda helaian kertas yang terpaksa digunakan berbanding dengan dua tiga helai kertas tulisan tangan DS Anwar itu.  Saya tidak berminat untuk menceritakan kisah-kisah lampau Raja Sesumpah ini, tetapi bila beliau memulakan kisah sejarah lama di Kuala Terengganu maka timbul minat saya untuk menyertai beliau.  Kepada peminat-peminat sejarah, disarankan agar mengumpul dan mencetak kembali kesemua VCD ceramah-ceramah Ezam dahulu dan kita edarkan secara percuma ke rumah-rumah penyokong-penyokong UMNO di Kuala Terengganu agar mereka juga dapat belajar tentang sejarah Ezam.  Mungkin Ezam akan merestui saranan saya ini sepertimana Pak Lah dan Najib merestui beliau kerana beliau peminat bahan sejarah.
 
     Kesimpulannya, kehadiran Raja Sesumpah di Kuala Terengganu tidak lain tidak bukan adalah untuk melunaskan dendam peribadi beliau terhadap DS Anwar dan kini mencari musuh baru iaitu YB Husam dan Parti PAS.  DS Anwar mengambil langkah bijak kerana tidak `mengiktiraf’ kejantanan Ezam dan diharapkan juga YB Husam mengambil langkah yang serupa.  Sememang saya dinasihatkan oleh seorang teman yang mengendalikan salah sebuah akhbar parti Pakatan Rakyat agar tidak `mengiktiraf’ dan melayan pencak silat sumbang Ezam, tetapi saya merasakan saya yang tidak berkelulusan tinggi dan tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti ini `serasi dan sesuai; untuk melayani Ezam yang pada saya setaraf dengan pemikiran saya yang jahil ini.  Tahniah buat AMK Terengganu kerana telah berjaya `memancing ikan’ yang sedang kelaparan ini dan InsyaAllah, kita akan sama-sama menikmati betapa enaknya ikan ini jika dibuat pekasam.  Wallahu Aklam.

MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA

Oleh Wan Fauzdin   – Laman M@rhaen

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s