Taktik jijik mengganas lagi di KT

1. DAP diarahkan menutup pusat operasinya. Arahan datang dari Menteri Besar Terengganu. Para pegawai Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dilaporkan bertegang leher dan bertikam lidah dengan Ronnie Liu yang membantah arahan itu.

2. Kesemua kakitangan Primula Park Royal Beach Resort yang berdaftar sebagai pengundi diarahkan oleh pengerusi hotel itu supaya menyerahkan kad pengenalan masing-masing. Hotel itu dimiliki oleh kerajaan negeri Terengganu.

3. DAP dan PKR diarahkan menurunkan bendera masing-masing.

4. Orang-orang yang tidak dikenali muncul sebagai ‘pengundi berdaftar’ di beberapa rumah di Kuala Terengganu. Para pemilik rumah merasa terganggu apabila orang-orang yang tidak mereka kenali mendaftar sebagai pengundi berdaftar dengan menggunakan alamat rumah mereka.

5. Polis menyoalsiasat ahli jawatankuasa sebuah kelab persendirian di Kuala Terengganu di mana Raja Petra Kamarudin dijemput oleh salah seorang ahlinya untuk minum di situ. Kelab itu diberi amaran supaya jangan membenarkan Raja Petra datang ke situ lagi.

Dalam Umno pula, penagih-penagih rasuah tak segan silu lagi bertanya, “Agong ada?” Perwakilan yang berpengaruh akan meminta sehingga RM200,000 dari calon Ahli Majlis Tertinggi yang menagih undi dan sokongan, lapor Malaysian Insider.

Teringat pula cerita orang dari sebuah kumpulan yang pada siang hari berpidato, bertempik dan berdemonstrasi memaki hamun Cina serta menuduh orang lain menjadi alat Cina dan takut melaksanakan hudud kerana ditekan Cina. Pada sebelah malamnya, si tukang maki Cina di waktu siang itu merangkak ke celah kangkang tauke Cina mengemis rasuah untuk merasuahkan babi-babinya supaya mengundi beliau.

Saya tak ingat nama kumpulan itu.

Penarik beca

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s