PAS sentiasa prihatin mangsa tindakan politik BN

KUALA TERENGGANU, 11 Jan (Hrkh) PAS sentiasa mengambil berat terhadap golongan tertindas negara ini termasuk mereka yang dikenakan tindakan menyokong pembangkang dalam satu-satu pilihan raya umum mahupun kecil.

ImageDemikian kata oleh Timbalan Pengarah Jentera Induk PAS bagi Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Dato’ Mustafa Ali di sidang media bertempat di Pusta Media PAS dekat sini hari ini.

Menurutnya, kakitangan kerajaan negeri dan Persekutuan sentiasa diawasi oleh jentera parti Umno/BN.

Golongan ini akan diambil tindakan dengan menukar kakitangan tersebut ke kawasan-kawasan pedalaman jika memilih pembangkang, katanya.

Hal ini sebenarnya menafikan hak rakyat Malaysia untuk bebas memilih parti dan kerajaan, katanya.

Akibat dari pemantauan dari mereka ini, kakitangan kerajaan ini akan berada dalam ketakutan untuk bersama-sama jentera parti pembangkang, katanya.

Namun demikian, PAS mengakui bahawa kakitangan kerajaan merupakan pengundi utama dalam satu-satu pilihan raya di negara ini.

Image“Kita sentiasa membantu mana-mana kakitangan kerajaan dan orang ramai yang ditindas dalam satu-satu pilihanraya dengan menyediakan khidmat guaman kepada mangsa tersebut”ujar beliau.

Sebelum ini, Ketua KeADILan Temerloh Ahmad Nizam Hamid turut menawarkan khidmat guaman beliau secara percuma kepada kakitangan kerajaan yang akan diambil tindakan oleh Umno/BN dalam pilihanraya kecil P036 Parlimen Kuala Terengganu ini.

Beliau berkata demikian di ceramah Pakatan Rakyat bertempat di Markaz KeADILan Chabang Tiga dalam Dun Ladang malam tadi./wann _ Mohd Nor Yahya | |Foto Wan Zahari Wan Salleh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s