Kuala Terengganu kini disendatkan polis

USAH terkejut apabila melewati setiap batang jalan di Kuala Terengganu, orang pertama yang ditemui ialah anggota polis. Jalan sikit jumpa lagi anggota polis.

ImageHairan juga. Ada rakan berhujah ketika rakyat Palestin dilayak habis-habisan tentera Yahudi sepatutnya orang yang lengkap bersenjata lebih baik bantu penduduk Islam di sana.

Lain benar apa yang berlaku di Terengganu sekarang. Bukan seorang dua, mungkin semua orang pun naik hairan. Kalau tidak hairan pun pemimpin yang jaga Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Waduh.. bisa kapan sekali, kata orang Indon. Menurut satu sumber terdapat kira-kira 10,000 anggota polis yang dibawa dalam misi khas menjelang 17 Januari ini. Cuma yang disebut secara rasmi seperti dilaporkan media seramai 6,000 anggota polis yang dikerah ke sini.

ImageKata rakan media pula 2,000 anggota tidak berpakaian seragam. Biar apa pun jelas Kuala Terengganu sekarang disedatkan anggota polis. Di segenap penjuru ada polis. Bagi mereka yang baru tiba di sini, jangan terkejut.

Entah-entah bagi penduduk kampung yang tidak biasa dengan situasi itu mungkin bertukar pula dengan keadaan di Palestin. Ramai sangat anggota polis di sini sekarang, difahamkan tidak pernah berlaku dalam pilihan raya kecil sebelum ini.

Orang kampung memberitahu terdapat empat markaz besar khas untuk anggota polis dibina. Lengkap pula dengan sistem penghawa dingin. Menurut mereka lagi ada 28 markaz taktikal di Kuala Terengganu sekarang.

“Di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri di kawasan parlimen Kuala Terengganu ada sebuah markaz polis. Tempat itu dikawal ketat, ada anggota yang lengkap dengan senjata di muka pintu.

“Ambo lihat macam situasi darurat di selatan Thailand. Polis berkawal di segenap jalan dan lokasi,? kata seorang peniaga dari Wakaf Mempelam yang sering berurusan di negara jiran.

Seorang lagi rakan terkejut melihat kedai makan yang dikawal ketat anggota polis. Deretan kenderaan polis di kiri kanan jalan. Orang lain mungkin tidak dibenarkan masuk ke dalam restoran tersebut.

ImageMaka tidak hairanlah situasi di Kuala Terengganu sekarang macam di Palestin, cuma di sini tidak ada yang mati kerana bom atau tertembak. Tiada juga yang cedera kecuali sakit hati kerana dendam politik.

Seorang bekas wakil rakyat dari Kelantan yang enggan dikenali berkata, tentunya ada strategik yang tersembunyi dengan kehadiran begitu ramai anggota polis.

Kata seorang pakcik di Losong, itu kaedah mudah untuk memenangkan calon Barisan Nasional. – mj _ M Faqih | Foto Wan Zahari Wan Salleh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s