Polis Kena Buktikan Mereka Profesional di Kuala Terengganu

POLIS Di Raja Malaysia (PDRM) khususnya yang dikerah untuk berkampung di Kuala Terengganu perlu memandang berat ‘isyarat kebimbangan’ yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mustafa Ali bagi mengelakkan mereka dilihat terlibat membantu dan menjadi perkakas kepada BN dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu, 17 Januari depan.

Mustafa Ali dalam kenyataan hariannya kepada media massa selaku Pengarah Pilihan raya kecil berkenaan menyebut beberapa kemungkiann dan kebimbangan beliau berhubung kehadiran begitu ramai anggota Polis di Kuala Terengganu.

Beliau membayangkan kemungkinan kedatangan polis itu untuk bekerja bagi memenangkan calon BN, Wan Ahmad Farid Wan Salleh. Katanya ada tanda-tanda ke arah itu dan juga berpandukan kepada beberapa kejadian telah berlaku sebelum ini.

Mustafa membayangkan polis boleh melakukan berbagai cara untuk tujuan itu. Misalnya sebelum ini berlaku dalam pilihan raya di Terengganu polis dari Cawangan Khas (SB) mengiringi pengundi tidak sasa masuk hingga ke dalam tempat mengundi. Dan kejadian ada pihak ketiga mengundi atas nama orang lain pernah berlaku.

Tindakan polis itu menurut Mustafa adalah diluar bidang dan tugas mereka dan kemungkinan-kemungkinan kejadian yang pernah berlaku ini akan berulang pada 17 Januari ini sangat membimbangkan beliau.

Mustafa dalam pada itu berharap polis akan menjalankan tugasnya dengan penuh profesional seperti jaminan yang diberikan oleh Ketua Polis Terengganu, Shukri Dahlan kepadanya.

Berhubung dengan amaran Mustafa Ali itu polis harus memastikan mereka akan menjalankan tugas secara profesional dan tidak mencampuri pilihan raya berkenaan membantu calon BN dengan teknik-teknik yang disebutkan itu.

Kenapa polis perlu memastikan mereka benar-benar bebas, bagi mengelakkan tuduhan dan persepsi bahawa mereka berkhemah di Kuala Terengganu semata-mata untuk menjamin kemenangan calon BN dan bukan untuk menjaga keselamatan dan mengawal pilihan raya berkenaan.

Seramai 6,000 orang anggota polis dikerahkan berhijrah sementara ke Kuala Terengganu atas alasan untuk mengawal perjalanan pilihan raya berkenaan. Jumlah yang besar itu satu keanihan dan ini menyebabkan orang ramai mula mengira dan berfikir kedatangan polis itu ada tujuan dan motif lain.

Ini kerana sebelum ini tidak pernah berlaku polis ditempatkan sebegitu ramai dalam satu-satu kawasan pilihan raya yang lengkap dengan berbagai kemudahan termasuk khemah, peralatan komunikasi dan sebagainya.

Setiap kawasan DUN di dalam Parlimen Kuala Terengganu didirikan khemah putih menjadi Martex (Balai Polis Baru khas). Pemandangan di kawasan pilihan raya itu hari ini tak ubah seperti di Padang Arafah atau Mina waktu musim haji. Cuma bezanya di dalam khemah itu bukan jemaah tetapi anggota polis.

Sementara itu hari ini Shukri Dahlan meminta agar jangan mempolitikkan kedatangan polis yang ramai itu. Menurutnya jumlah itu biasa dan lebih kecil daripada jumlah anggota polis di dua pilihan raya kecil Ijok dan Permatang Pauh.

Malangnya Shukri tidak menyebut berapa jumlah polis semasa kedua pilihan raya itu dan kalau ianya lebih ramai kenapa ia tidak didirikan khemah khas?

Timbul juga pertanyaan apakah persiapan polis dengan anggota seramai itu menandakan Terengganu dan apakah pilihan itu itu akan dicemari dengan kejadian tidak diingini?

Sudah pasti sekiranya Pas mengalami kekalahan dalam pilihan raya itu nanti dan kebetulan pula polis tidak dapat memastikan mereka adil dan saksama tundingan telunjuk akan diacukan kepada pasukan polis. [wm.kl. 4:45 pm 09/01/09]

http://msomelayu.blogspot.com/2009/01/susupan-senja.html

MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA

Sumber Laman M@rhaen

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s