Pulau Pinang negeri pertama realisasikan MPR

PULAU PINANG, 7 Jan (Hrkh) –Pulau Pinang menjadi negeri pertama daripada lima negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lepas menubuhkan Majlis Pakatan Rakyat (MPR) bagi melincinkan pergerakan sekaligus menghindari pertembungan masalah dalaman pentadbiran.

Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man ketika menghubungi Harakahdaily memberitahu, penubuhan itu bermatlamat menyatukan kenyataan media di samping menyelaraskan aktiviti yang diatur agar kelihatan lebih konsisten dan tersusun.

“Melalui penyatuan organisasi pastinya mengorak beberapa langkah positif ke arah meningkatkan kestabilan sesama parti dalam Pakatan Rakyat. Ianya memberi ruang untuk semua parti menyumbangkan pandangan semata-mata untuk kebaikan rakyat, ” ujarnya.

Melalui MPR ini juga satu sekretariat telah diwujudkan antaranya pengerusi dan setiausaha bersama ketiga parti iaitu Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), PAS dan DAP.

Sementara itu, Ketua Perhubungan KeADILan Negeri, Dato’ Zahrin Hashim dalam kenyataan akhbarnya selepas mengadakan mesyuarat kali pertama MPR di sebuah hotel dekat sini mengatakan, penubuhan MPR selari dengan MPR di peringkat pusat iaitu untuk menyatukan semua pimpinan Pakatan Rakyat di bawah satu bumbung.

Menerusi MPR itu nanti semua kenyataan akhbar akan diseragamkan serta mengadakan perbincangan terlebih dahulu jika sekiranya mahu mengadakan aktiviti atau pelaksanaan program tanpa menyentuh tentang dasar mana-mana parti yang terlibat.

“Penubuhan itu akan menyatukan semua Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dengan kepimpinan peringkat negeri. Setiap parti akan dianggotai tujuh orang wakil untuk berbincang sebelum pelaksanaan dibuat, ” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru.

Sambungnya, MPR peringkat negeri akan dilancarkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada masa terdekat dengan menghimpunkan semua ahli dan penyokong Pakatan Rakyat di satu lokasi yang akan diberitahu kelak. – mks. _  Mohd Sabri Said

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s