Solat hajat iringi perarakan calon PAS di Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU, 6 Jan (Hrkh) – Proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu bermula hari ini.

Di perkarangan stadium negeri penyokong-penyokong Pakatan Rakyat sebanyak 30,000 orang berkumpul selepas mengiringi perarakan yang bermula dari Surau Taman Permin Jaya, Jalan Pusara pukul 8 pagi tadi.

Sebelum itu kira-kira pukul 7.30 pagi, solat hajat dilakukan di surau tersebut.

Kira-kira pukul 9.20 pagi, calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endot memasuki pusat penamaan calon diiringan Presidennya, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.

Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan Menteri Besar Perak Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin juga turut berada di pusat penamaan calon.

Setakat ini tiga calon kelihatan memasuki Stadium iaitu calon PAS, calon BN Dato’ Wan Farid dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Harun Mohamad./wann _ Intan Abdullah dan Khairul Azlan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s