PRK Kuala Terengganu: Ukhuwah anggota Pakatan Rakyat terserlah

KUALA TERENGGANU, 6 Jan (Hrkh) – Semangat amal jamaie yang ditunjukkan pada ukhuwah persaudaraan, kasih sayang dan saling membantu jelas dilihat di kalangan anggota dan penyokong parti-parti Pakatan Rakyat.

Bukan sahaja majoriti ahli PAS ‘berkampung’ di Rusila, Marang dan sekitarnya di rumah-rumah sahabat handai yang dikenali atas ukhuwah persaudaraan, para pemimpin dari Pakatan Rakyat turut sama berada.

Ketika beramai-ramai berkumpul menunggu keputusan penamaan calon Pilihan Raya Kecil P.036 Kuala Terengganu, terdapat insan yang sudi menginfakkan kuih-muih dan minuman. Malah rata-rata kebanyakannya datang atas inisiatif sendiri.

Berbeza dengan Umno, ketika para penyokong mereka bergelimpangan di merata tempat dengan sedikit ‘upah’ wang tunai, pakaian, serta disediakan makanan, para pemimpin mereka mengecualikan diri dengan berada di hotel-hotel.

Nyatanya, segala dilaungkan pimpinan Umno hanyalah retorik yang memperdayakan ahli mereka dan orang Melayu khususnya. – mns _Izwan Abdul Halim

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s