Nak Berjihad Atau Nak Buat Jahat?

Pilihanraya kecil Kuala Terengganu memberi peluang kepada pengundi di sana untuk membuat pilihan; samada mereka hendak berjihad ke jalan ALLAH swt atau hendak bersubahat melakukan kerja-kerja jahat yang dilakukan biasa diamalkan oleh pelesit belaan iblis bertopengkan manusia.

Saya petik dan ringkaskan dua cerita. Cerita berkaitan Jihad ke jalan ALLAH swt dan cerita kedua berkaitan tawaran yang diberikan oleh pelesit yang telah lama dibela oleh iblis tetapi bertopengkan manusia.

Amanat sempena Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu

“Jadi, peliharalah hati supaya ikhlas kerana Allah SWT. PAS meletakkan Islam dalam matlamat dan asas. PAS tidak menjanjikan kebendaan kepada petugas-petugas PAS”

Firman Allah SWT dalam surah As-Saff ayat 1-4; ” “Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.”

Dari ayat di atas, Allah menurunkan ayat ini bermula dengan sebab yang berlaku di kalangan para sahabat r.a sebelum diwajibkan perintah berjihad. Lalu mereka bercakap dgn penuh semangat, “bilalah lagi kita hendak berjihad. Sekiranya Allah mewajibkan jihad, kami akan melibatkan diri untuk buat apa sahaja.”

Apabila Allah swt menurunkan ayat mewajibkan jihad, rupa-rupanya jihad ini bukan sahaja satu kewajipan, tetapi ianya penuh dengan cubaan dalam diri seseorang. Samada jihad di medan perang atau jihad di medan pilihanraya, berdakwah, ianya penuh dengn ujian dan cubaan.

Ada yang tidak tahan dengan ujian-ujian ini, lalu mereka berundur. Kadang-kadang, pejuang Islam ini diuji dengan cara menyedapkan, mengembirakan dan ujian perasaan yang ada di dalam hati.

Yang paling sulit ialah tekanan dalam jiwa dan hati yang sering kali di was-waskan oleh syaitan yang ghaib di kalangan jin dan sebagainya yang mengalir dalam darah kita. Dan juga was-was ini datangnya dari syaitan-syaitan di kalangan manusia itu sendiri.

Oleh itu, ingatlah peringatan yang diberikan oleh Nabi s.a.w kepada golongan Ansar, inilah asas kepada perjuangan Islam yg mesti difahami supaya mendapat fadhilat dan pertolongan dari Allah swt. Mereka yang sanggup memikul tanggungjawab yang disebut di dalam ucapan Rasulullah ini, mereka merupakan orang yang sanggup menyahut seruan Allah dalam Al-Quran ” Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dalam menghadapi penyakit-penyakit yang ada dalam diri kamu sendiri, dan bersabarlah kamu dalam menghadapi musuh-musuh kamu dan beradalah kamu di tempat dimana kamu ditugaskan dan bertakwa kepada Allah supaya kamu dapat kemenangan.

Inilah syarat kemenangan yang diletakkan oleh Allah swt. Ianya bukan kemenangan percuma tetapi kemenangan yang bersyarat.”Sekiranya kamu menolong agama Allah, nescaya Allah menolong kamu dan menetapkan pendirian kamu.”

Zaman sekarang seperti berpegang agama ibarat berpegang bara api. Semua amalan ada feqah. Berpolitik pun ada feqahnya yakni faham ajaran Islam yang berkait dengan kerja yang kita buat.

Hadapilah kerja dengan ikhlas supaya kita mendapat pertolongan dan keredhaan Allah. Allah itu Maha Besar, tidak ada yang lebih besar dari Allah s.w.t samada Barisan Nasional atau kuasa-kuasa besar dunia yang lain. — Sumber

Dan yang ini berita kedua:

UMNO yang semakin gabra terhadap kekalahan yang bakal diterimanya dalam pilihanraya kecil Kuala terengganu telah mengumumkan untuk merasuah penduduk Kuala Terenggunu sejumlah RM5.8 juta sekiranya mereka berjaya dalam pilihanraya kecil tersebut.

Pada kebiasaannya 20 hingga 30 peratus daripada nilai rasuah tersebut akan diperuntukan kepada ketua-ketua cawangan UMNO dalam Bahagian Kuala Terengganu.

Sekiranya pengundi di Kuala Teregganu memilih pelesit belaan iblis yang bertopengkan manusia dengan ajaran agama songsang bergelar hadhari dan berlambangkan umno/BN, maka ini bermakna pengundi di Kuala Terengganu telah menggalakkan antara beberapa AJARAN SYAITAN terutamanya rasuah.

KUALA TERENGGANU, 3 Jan (Bernama)– Kerajaan negeri merancang melaksanakan projek pembangunan bernilai RM5.8 juta di Kuala Terengganu sekiranya Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat untuk menerajui kawasan itu pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Jan ini.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata, peruntukan tersebut meliputi RM2 juta untuk projek membaiki longkang dan jalan raya yang rosak manakala RM3.8 juta lagi untuk projek-projek kecil di kawasan Parlimen Kuala Terengganu.

Jelas, rupanya macam manusia tetapi hatinya iblis. Bukankah kamu kepala kerajaan negeri dan bertanggungjawab terhadap pembangunan negeri Terengganu. Maka kenapa kamu hendak mengugut rakyat dengan menafikan pembangunan jika BN tewas di Kuala Terengganu?.

Memang dasar hati kaudu, dasar iblis bernama UMNO yang bertopengkan manusia. Maka sekarang, bila ada pilihanraya kamu terus berbangga dengan sifat-sifat dan perangai sial, celaka dan laknat amalan kamu. Kamu menawarkan RASUAH jutaan ringgit.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s