Pakatan Rakyat konsisten perjuang hak rakyat berbilang kaum

KUALA TERENGGANU, 4 Jan (Hrkh) – Pakatan Rakyat sentiasa berjuang secara konsisten dalam memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat tanpa mengira kaum.

Demikian kata calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut kepada pemberita ketika melakukan ziarah peniaga-peniaga di gerai sekitar Kampung Tiong Kuala Terengganu baru-baru ini

“Kita menentang kezaliman atas nama Islam, dan ianya bukan masalah membabitkan bangsa,” ujarnya sambil menyerahkan sekuntum bunga ros kepada masyarakat Cina di kawasan tersebut.

Menurutnya, pelaksanaan beberapa dasar serta undang-undang seperti ISA serta amalan diskriminasi terhadap mana-mana kaum atau agama tidak wajar diteruskan.

“Oleh sebab itu, mesej kita jelas iaitu tidak boleh berlaku kezaliman kepada mana-mana pihak, termasuk apa jua agama dan bangsa,” katanya.

Kunjungan beliau bersama Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok juga sedikit sebanyak telah membantu memberi keyakinan serta kefahaman terhadap mesej yang hendak dibawa oleh Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil ini.

Beliau yang juga Adun Wakaf Mempelam menyatakan akan terus turun mendekati masyarakat bukan Melayu sekitar bandar Kuala Terengganu bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi.

“Saya rasa saya tidak menghadapi masalah memandangkan saya pernah bertanding di Dun Bandar pada tahun 1986, malah saya juga menemui mereka yang masih mengundi di sini,” ujarnya lagi.

Tambahan lagi dengan situasi semasa yang menunjukkan kegawatan politik dan ekonomi, menyebabkan masyarakat semakin percaya dengan kegagalan kerajaan Umno-BN menangani masalah tersebut.

“Saya cukup yakin bahawa mereka tidak akan teragak-agak untuk memberikan sokongan tersebut kepada PAS,” tegasnya.

Mohd Abdul Wahid juga menjelaskan bahawa rakyat bukan Islam tidak perlu takut dengan Hudud kerana ianya adalah dilaksanakan untuk masyarakat Islam sahaja.

“Hudud tidak perlu ditakuti kerana ianya adalah untuk orang Islam sahaja, lagipun ianya telah diluluskan oleh Sultan Terengganu sewaktu PAS memerintah Terengganu pada 1999 lalu.

“Ia tidak boleh menjadi isu kerana sebelum ini pun tidak mendatangkan apa-apa masalah kerana yang penting masyarakat Cina perlu tahu apa yang Pakatan Rakyat buat adalah untuk kebaikan mereka,” katanya lagi. – azm _ Intan Abdullah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s