Anwar Ibrahim, Ante Memang Lemah Bab Ini Beb.

Datuk Seri Anwar bin Ibrahim yang sekarang ini menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat memang seorang manusia yang degil. Maaf, bukan degil, tersangat degil. Saudara Anwar, read my lips, you memang degil.

Masa zaman siswa, masa zaman muda, orang lain buzy dengan clubbing dengan disco, you sibuk sangat dengan demontrasi hal Baling you. Masa zaman dalam umeno, orang lain sibuk rembat duit, songlap AP, kebas projects, buat harta kiri kanan depan belakang atas bawah, yang ante bodoh sangat gi sergah Tok Sri Mamakuti tu buat apa?. Apa ante dapat?. Ana betul punya pelik dengan ante ni Syeikh.

Apa pasal ante tak mau ikut macam perangai malaun-malaun lain dalam umeno tu Syeikh?. Lemahlah ante dalam bab ni. Patutnya, bila orang lain rembat 5 projects, ante mesti rembat 15 projects. Ante kan Timbalan Perdana Menteri. Ante kan Menteri Kewangan. Betul la ante ni takde baca punya orang.

Cuba ante tengok Mamat anak Mamat, jadi MB Selangor kejap, boleh kawin anak raja. Kawin curi lagi. Tak kena tangkap pun.

Cuba ante tengok Pidah anak Ajis, Tok Sri Mamakuti bagi peluang dia jaga duit rakyat, jaga AP kejap, dia betul punya balun. Duit rakyat dia masuk dalam kain. AP dia selit dalam coli. Sapa nampak? Sapa nak berani selak kain dia? Sapa berani selok coli dia? Nak mati..!! Kalau ada yang berani selak pun mungkin mamakuti lah agaknya. Tapi tak kan mamakuti berani nak dedahkan apa yang ada dalam kain Pidah anak Ajis sebab Mamakuti pun songlap jugak. Lemahlah ante bab ni.

Cuba ante tengok Mamat K anak Toy tu. Dia kebas bini dia songlap. Jadi MB sekejap terus boleh jadi maliana,  boleh buat istana kat Bangi. Itu baru betul. Itu baru umeno. Ante lemahlah bab ni.

Cuba ante tengok Rayem anak Tambi Kecil, alah yang kat Melaka tu. Jadi Ketua Menteri kejap, dara sunti dia dapat beb. Ana ingat, si Rayem anak Tambi Kecil ni memang seguru dengan Mamat anak Mamat. Ante tau kenapa?. Sorang bawak lari anak raja. Sorang lagi bawak lari anak dara. Ini mesti menuntut ilmu  Hadhari ini. Lemahlah ante bab ni.

Cuba ante tengok Deris anak Jusoh. Alah Deris Natang tu. Jadi MB Ganu kejap, musim monsoon orang Ganu sibuk banjir, dia main kapal layar. Kaya dia beb. Maliana dia. Billion billion duit dia beb. Syeikh, ante lemahlah bab ni.

Syeikh, ana nak tanya ante. Ni ikhlas ni ana tanya ante. Ante ni tak serik-serik ke kena belasah, kena bantai? Yang ante pegi maafkan si Rayem anak nono yang terajang ante dalam lokap tu sapa suroh? Ante ni baik tak bertempatlah. Bencilah ana macam ni. Sekarang ante tengok. Dia sedap-sedap belasah ante, raja beri dia alaun tiap-tiap bulan lagi. Ante lemahlah bab ni. Kalau ana jadi ante, ah….. malas nak cakaplah. Ante memang degil lah. Asyik-asyik sibuk nak menolong orang, nak menolong rakyat.

Beb, ana ingat kalau ante jadi PM, ante makin miskin, rakyat yang makin kaya. Ah !!! malaslah ana nak nasihat ante lagi. Suka hati ante lah. Biarlah orang nak kata ante agen Yahudi ke apa ke. Suka dia oranglah.

Ni sekarang ni, dah sibuk cari pelabur, dah penat kerja sana sani, ada masa kat airport kejap, ante berehat ajalah. Ni tak, masih nak menulis lagi. Apa benda yang ante tulis ni?

Sejenak  Di Dubai

Saya di Dubai sekitar 24 jam langsung mengadakan beberapa pertemuan dengan pengurus syarikat dan konsultan utama yang sering memohon pandangan saya mengenai iklim potensi pelaburan Asia.
Kini saya bersama Azizah sedang di terminal Emirates untuk ke negara Turki.

Dan sementara menunggu pintu pesawat ditutup, saya akan memberikan beberapa respon kepada pengunjung:

(i) soal menerima teguran dan kritikan:
Saya hargai keprihatinan sdr. Bahkan di kalangan yang mengikuti perkembangan Parti dari dekat, sdr akan sedar pesanan agar kita terus bermuhasabah dan introspeksi. Dan ini turut melibatkan isu Selangor dan Pulau Pinang. Hanya kita jangan terperangkap dengan kerenah jahat dan fitnah jajaan Umno. Media milik Umno-BN tidak melaporkan bahawa di Selangor sumbangan buat rakyat, samada bekalan air percuma, dana pendidikan, elauan guru KAFA, program khas membantu keluarga miskin. Malah lebih meloyakan ialah manakala malapetaka di Bukit Antarabangsa berlaku, rakyat cuba dikelirukan dari isu rasuah, kerakusan pentadbiran sebelumnya! Masalah kecil yang kini berbangkit dijadikan isu nasional.
Maka yang saya sanggah adalah kritikan sebegini, termasuk muslihat melaga-lagakan pimpinan parti.

(ii) Isu derita rakyat Gaza:
Jangan kita berdolak dalih, masalah umat Palestin berkisar isu penjajahan regim zionis Israel bersama kelesuan Arab. Pendirian saya tidak pernah rapuh walaupun saya meneruskan dialog dengan semua pihak. Ini berbeda dengan kepura-puraan pimpinan yang menolak hak Hamas, melantik penasihat Yahudi, membayar puluhan juta ringgit kepada pelobi Jack Abramoff atau berunding sulit dengan Donald Rumsfield!

ANWAR IBRAHIM

 

Wahai pembaca yang budiman, rakyat Malaysia yang berhemah.

Hanya pemimpin yang berjiwa rakyat, bersemangat kental dan bercita-cita murni sahaja yang sanggup menderita dan dianiaya demi mengangkat martabat agamanya, bangsanya dan negaranya.

Anwar Bin Ibrahim, tahniah!!!, syabas!!!. Ana dan rakyat yang prihatin akan sentiasa membantu setakat yang termampu dan mendoakan yang terbaik buat ante.

Salam perjuangan dan salam takzim.

Kerajaan Rakyat.

Advertisements

One thought on “Anwar Ibrahim, Ante Memang Lemah Bab Ini Beb.

  1. eh xde org komen g ke?
    mmg menarik lah artikel ni!
    up-to-date..
    hehehe..
    bleh la foward2 kat fs or email2 pas ni..
    xde dh la email2 yg zaman2 kuno dlu..
    hehehe..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s