Lebih 200 hadiri rawatan percuma Kelab Penyokong PAS

KUALA TERENGGANU, 1 Jan Hrkh)– Kemunculan Kelab Penyokong PAS Terengganu di negeri ini mendapat sambutan menggalakkan serta di luar dugaan pihak penganjur yang menganjurkan Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma bagi penduduk di Kampung Tiong, Kuala Terengganu.

Program tersebut yang julung kali diadakan bermula seawal jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang di lokasi Tempat Letak Kereta Kampung Tiong, dekat sini, semalam.

Tinjauan Harakah mendapati sambutan masyarakat setempat tanpa mengira bangsa dan agama termasuk di kalangan orang-orang Melayu, Tionghua dan India turut mendapatkan rawatan percuma yang ditawarkan itu.

Seorang warga emas, Ong Herg Ghok, 70, menyambut baik usaha kebajikan yang dilakukan oleh Kelab Penyokong PAS dan sangat dialu-alukan bagi membantu golongan miskin dan kurang upaya membuat pemeriksaan kesihatan.

“Saya orang lama di sini, sebelum ini tidak pernah ada program-program yang boleh memberi kemudahan kepada rakyat yang susah dan miskin,” ujarnya.

Rakannya, Kam Yat Liong, 60, merakamkan ucapan terima kasih kepada kelab terbabit yang menganjurkan program-program khidmat masyarakat bagi penduduk di Kampung Tiong ini.

Katanya, masalah kemiskinan bandar tidak pernah diambil peduli oleh pemerintah dan hanya mengambil berat ketika musim pilihan raya.

“Saya ucap terima kasih pada penganjur (kelab) ini. Kami orang susah �nok� (hendak) pergi klinik swasta buat pemeriksaan kesihatan tidak mampu kerana kos mahal,” ujarnya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan rawatan tersebut perubatan secara tradisional atau pengambilan ubat-ubatan herba menjadi pilihan masyarakat tionghua. Wee Merg, 52, menyarankan agar kerajaan tidak menswastakan hospital sebagaimana yang dicadangkan kepada Institut Jantung Negara (IJN).

Katanya, khidmat rawatan di hospital wajar dikekalkan sebagai tanggungjawab sosial kerajaan kepada rakyat di negara ini.

“Saya harap kerajaan tidak jadilah hendak �jual� atau swastakan pusat perubatan jantung (IJN) itu kerana sudah jadi tanggungjawab kerajaan kepada rakyat.

“Rakyat yang miskin tidak mampu untuk bayar kos perubatan dan rawatan yang tinggi jika diswastakan kepada pihak lain yang berkepentingan perniagaan,” ujarnya manakala, Khoo Mee Wah, 49, mahukan kerajaan negeri lebih bersikap adil membantu rakyat tanpa mengira fahaman politik masing-masing.

Katanya, rakyat di negara ini ada kebebasan memilih dan berpolitik yang perlu dihormati dan bukan meminggirkan kelompok yang tidak sehaluan.

“Kami tidak mahu kerana politik ada orang (rakyat) yang dapat dan ada yang tidak dapat apa-apa bantuan kerana politik. Rakyat berhak untuk dapat apa-apa bantuan kerajaan jika mereka layak walau pun dari kalangan penyokong PAS, DAP, Umno, MCA dan lain-lain,” jelasnya.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional negeri Terengganu, Hanapiaf Mat berpuas hati dengan sambutan penduduk dan masyarakat setempat dengan program yang dianjurkan oleh Kelab Penyokong PAS Terengganu.

Katanya, keterbukaan masyarakat tionghua kini semakin baik serta dapat menerima kehadiran PAS tanpa perasaan �takut-takut� lagi.

“Alhamdulillah, saya tengok sambutan sangat baik dan menggalakkan dari masyarakat setempat di Kampung Tiong ini khususnya orang Cina dan berdasarkan sambutan tersebut yakin para pengundi Cina di Kuala Terengganu akan memilih calon PAS dalam pilihan raya kecil kali ini,” katanya.

Harakah dimaklumkan, seramai tiga orang sukarelawan doktor serta hampir 200 orang penduduk setempat terutama dari kalangan masyarakat tionghua mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan percuma tersebut. – azm _ Khairul Azlam dan Intan Abdullah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s