Nik Aziz yakin kemenangan PAS, hudud diterima

KUALA TERENGGANU, 29 Dis (Hrkh) – Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat yakin akan tiba masanya dimana semua pihak akan menerima perlaksanaan undang-undang Islam termasuk termasuk Hudud dan Qisas.

“Projek besar kita tengok…Islam ni projek besar, sepuluh tahun dua puluh tahun, Nabi Muhammad 23 tahun. Saya ni 20 tahun dah, pelik apa kalau lambat sikit,� katanya kepada para wartawan Buletin Online selepas Majlis Pelancaran Jentera Bantuan dari Negeri Kelantan bagi Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu, di Masjid Hiliran, di sini semalam.

Beliau juga turut yakin dengan kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu akan datang dan ini berdasarkan kepada sokongan semua pihak yang semakin meningkat kepada PAS berbanding dengan beberapa tahun lalu.

“Benda-benda PAS kata sekarang ni banyak dah orang terima. Dulu…usahkan Hudud, sebut kata politik Islam pun orang tak boleh terima.Sekarang ni Melayu, PAS pun terima, Melayu Umno banyak sokong PAS dah sekarang ni, Cina pun sokong,�katanya.

Justeru beliau berharap semua warga Parlimen Kuala Terengganu akan mengundi calun PAS pada 17 Januari depan.

“Saya berdoa kepada Allah dan minta rakyat semua, Cina Melayu PAS dan UMNO sokong calon PAS, usahkan orang PAS, Umno pun saya minta untuk sokong (calon PAS),� katanya. – azm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s